Surat Dari Kekasih


Untukmu yang selalu kucintai,



Saat kau bangun di pagi hari, Aku memandangmu & berharap engkau akan berbicara, bercerita, meminta pendapatku, mengucapkan sesuatu untukku walaupun hanya sepatah kata.

Atau berterima kasih kepadaku atas segala hal yang indah terjadi dalam hidupmu sama ada malam tadi atau waktu yang lalu…Tetapi Aku melihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri untuk pergi bekerja….tak sedikitpun kau menyedari Aku dekat denganmu…

Aku kembali menanti saat engkau sedang bersiap, Aku tahu akan  ada sedikit ruang bagimu untuk berhenti & menyapaku, tetapi engkau terlalu sibuk….

Di satu tempat, engkau duduk tanpa melakukan apa2 pun,  kemudian Aku melihat engkau menggerakkan kakimu. Aku berfikir engkau akan datang kepadaKu, Tetapi engkau berlari ke telepon & menelefon seorang teman untuk sekadar berbincang….

Aku melihatmu ketika engkau pergi bekerja & dan aku menanti dengan sabar sepanjang hari, namun dengan semua kegiatanmu Aku berfikir engkau terlalu sibuk untuk mengucapkn sesuatu kepadaKu..

Sebelum makan,  Aku melihatmu memandang ke sekeliling, mungkin engkau merasa malu untuk berbicara kepadaKu, itulah sebabnya mengapa engkau tidak sedikitpun menyapaKu…

Baiklah…engkau bangun kembali &  Aku kembali  menanti dengan penuh kasih, bahwa hari ini kau akan memberiku sedikit waktu untuk menyapaKu….
Tapi yang ku tunggu…ah tak juga kau menyapaku waktu Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib & Isyak dan masih tidak mengendahkan Aku…Tak ada sepatah kata, tak ada seucap do’a, tak ada pula harapan & keinginan untuk bersujud kepadaKu…

Apakah salahku padamu…?   Rezeki yang kulimpahkan, Kesihatan yang Kuberikan, Harta yang Kurelakan, makanan yang kuhidangkan, Keselamatan yang kukurniakan, kebahagiaan yang aku anugerahkan.  Apakah hal itu tidak membuatmu ingat kepadaKu?????

Percayalah, Aku selalu mengasihimu & Aku tetap berharga suatu saat engkau akan menyapaku, memohon perlindunganKu, bersujud dan menghadapKu….KEMBALI KEPADAKU

YANG SELALU MENYERTAIMU SETIAP SAAT
ALLAH



RAHSIA WANITA YANG ANDA PERLU TAHU..

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.










2. Bila dia tidak menghiraukan anda selepas anda menyakiti hatinya, lebih baik anda beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum anda menegur dengan ucapan maaf.











3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan)











4.Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.











5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!












6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian

7. Jika anda tidak suka dengan gadis yang sukakan anda separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang anda tak akan tahu kerana bila dia dah buat keputusan dia akan lakukan apa saja

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri dari anda selepas anda tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya anda masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan












9.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.


10. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut








11. Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam

 










12. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali anda ajak berjumpa, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat dengan anda













13. Sayangi wanita. Jangan sakiti hati mereka. Gembirakan hati mereka. Hadiahkan mereka sesuatu dengan ikhlas walaupun harganya tidak seberapa. Peliharalah wanita itu dengan sebaik-baiknya, sebab sesungguhnya wanita dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya yang paling bengkok adalah tulang rusuk yang paling atas sekali. Maka jika kamu cuba meluruskannya nescaya ia akan patah. Dan jika kamu biarkan saja maka, ia akan tetap bengkok. Sebab itu, Peliharalah wanita dengan baik.. :)

manusia. . .



Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap:: woow, ciri-ciri isteri idaman...
kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi betul...

kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: musti ada krisis dalaman nih.kesian
kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: dah la tak lawa, perangai pulak huduh...

kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg diganggu
Lelaki akan cakap: heroin sejati...!
kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu
Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu...

kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: ok gak la....
kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: kesian..mesti kena bomoh lelaki tuh!

kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu....
kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata:...patut pun kena reject...

kalau perempuan lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau perempuan lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: ntah dato' mana bela nih....
kalau perempuan tak lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: musti anak org kaya nih.....

kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata: sedar pun diri...

kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: caring sungguh....
kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring le tu....

kalau perempuan lawa bersedih hati
Lelaki akan cakap: dont worryi will make u happy forever
kalau perempuan tak lawa bersedih hati
Lelaki akan kata: sikit2 nak nangis!! mengada2...


kalau perempuan lawa masak
Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak tu...
kalau perempuan tak lawa masak
Lelaki akan cakap: ntah sedap ke tak????

kalau perempuan lawa main2 miss call
Lelaki akan kata: takpe...
kalau perempuan tak lawa main2 miss call
Lelaki akan cakap: ko ni takde keja lain ke... sibuk ni tau..

kalau perempuan lawa hantar2 email
Lelaki akan kata: sukenya....
kalau perempuan tak lawa hantar2 email
Lelaki akan cakap: balik2 email dia.boring


p/s : jangan menilai seseorang dari luaran...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...