Smart Dulu masa ‘training’ kat hospital dulu aku pernah ditanya satu soalan...apa beza antara bijak dan pandai...aku terkedu sebab tak tahu. Lama jugak aku fikir macam mana nak jawab soalan tu. Sampai sekarang pun aku masih keliru..
Orang yang bijak tak semestinya pandai dan orang yang pandai tak semestinya bijak...Didalam peperiksaan budak yang dapat ‘straight’ A tak bererti dia bijak tapi dia berjaya sebab dia pandai menjawab soalan ‘exam’. Macam kaki tipu..jarang kita dengar orang panggil orang yg suka menipu nie ‘bijak’ menipu tapi orang selalu kata orang tu ‘pandai’ menipu.
Macam jugak peribahasa Melayu ‘Sepandai pandai- tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga’ Apesal orang dulu-dulu tak guna ‘sebijak-bijak’ tupai melompat?
Cheater Di Malaysia tahap kepandaian seseorang tu selalu diukur dgn berapa banyak A yang dia dapat masa periksa. Kalau berjela-jela..huh ‘terror’ la. Tp kalau tak... macam mana? Adakah bermakna orang tu bodoh..bagi aku tak..hanya kerana dia tak pandai menjawab periksa mengikut skema, tak bermakna dia bodoh dan tak bermakna dia tak bijak. F-
orang yg sijil SPMnya tak der A berjela..ade yg takat Saja Ambik Periksa (SAP). Tapi mereka nie semua berjaya..ada tu yg dah jadi hartawan mampu memberi perkerjaan kat orang lain lagi. Sebab utama ialah kerana mereka BIJAK mengatur masa depan.
Mak-mak kita atau nenek kita dulu ader yang tak lulus pun LCE ker MCE ler tapi diorang bijak mengendalikan rumahtangga dapat memelihara keluarga bahagia dan membesarkan anak-anak tanpa sebarang masalah sehingga semuanya berjaya. Adakah mereka nie bodoh sebab tak der sijil berbuku-buku?
Kadang-kadang aku jumpa orang yang mendabik dada cakap dia pandai dan orang lain bodoh hanya sebab dia lulus SPM dgn cemerlang sekali dan boleh masuk universiti. Bagi aku orang nie lah yang sebenarnya bodoh sebab dia telah merendahkan martabat orang lain. Iblis kena tendang dari syurga pun sebab bagi alasan cam nie...dia rasa dia lagi ‘terror’ dari Nabi Adam A.S.
Orang yang bijak mampu berjaya kerana dia pandai mengatur hidupnya...orang pandai akan mampu berjaya kalau dia bijak merencana hidupnya...
~♥✿.¸¸.•´✿◕ SAHABAT ~♥✿.¸¸.•´✿◕ (¯`v´¯) HargaiLah bila bersahabat,SayangiLah biLa bersama, `•.¸.•´ MaafKanLah biLa terLuka,RindUiLah biLa berjaUhan, ¸.•´... ¸.•´¨) ¸.•*¨) fahamiLah biLa keLiru,NasihatiLah biLa terLupa, (¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨¯`•.♥ Dan TegUrLah biLa ada keSiLapan. •.,,.-°-★-*-.,,.- MaNisnya berSahabat krNa ALLAH!! •.,,.-°-★-*-.,,.-
Bangkitlah dari lena yang panjang
Pagi yang tenang itu, aku diziarahi seorang adik yang sangat aku sayang.... Raut wajahnya jelas menunjukkan ada sesuatu yang sedang berserabut di pemikirannya...
"Assalamualaikum kak...".. dia senyum tapi tak semanis seperti biasanya...
"Waalaikumsalam dik.... sihat ke tak ni? nampak macam ada masalah je adik akak nih...?"
"tak berapa sihatlah akak… jiwa husna sakit "
"Kenapa dik? Ada apa2 yang akak leh bantu?" tanyaku, cuba mengorek rahsia hatinya.... Dia terdiam... direnung jauh siling dalam bilikku... Ditarik nafasnya dalam-dalam.... kemudian dihembus dengan keluhan yang lemah...
"Husna tak tahu nak cakap macammana, kak... Husna rasa, lahiriah husna berlawanan dengan fitrah... berlawanan dengan apa yang tersemat dalam jiwa husna kak... akak faham tak?"
"Apa maksud adik?"
"Erm... takpelah kak... biar husna tanggung sendiri sakit nih..." jawabnya... sayu...
"eh.. janganlah kedekut... akak nak minta sikit sakit yang adik rasakan tu... boleh tak sayang?" aku berusaha untuk mencungkil lagi...
"sob3...akak.... husna keliru dengan diri husna.. kak tolong husna kak... husna benci dengan sikap husna... benci dengan perangai husna kak...."
"eh, nape cakap macam ni dik...? adik yang akak kenal, lemah lembut, sopan santun, keanak-anakkan… happy-go-lucky.... kenapa adik boleh rasa macam ni?"
"akak, sungguh husna katakan... husna tak selesa dengan identiti husna sekarang ni kak... jujur husna katakan.. kalau dalam kalangan muslimat, husna tak kesah dengan sikap husna macam ni.... tapi bila dalam kalangan muslimin, sungguh husna katakan kak, husna tak selesa dengan pembawaan diri husna kak... husna gagal mengawal diri sendiri, kak... "
"apa masalahnya jadi diri sendiri dik?" hairan..
"akak, akak sendiri tahukan husna ni macammana... walaupun realitinya, husna jenis happy-go-lucky... dan terkadang keanak-anakkan.. suka bergurau senda, suka menyakat kawan2.. senang berkomunikasi dengan sesiapa... tapi sungguh kak, husna tak pernah redha kalau husna terbuat perkara ni dalam kalangan muslimin... husna tak redha, kak... husna tak tahu macam mana nak kawal diri husna... ia datang secara sendiri... secara spontan... husna pernah cuba untuk menjadi pendiam, tapi husna gagal... husna jadi kekok... rasa bukan diri sendiri.. tapi sungguh kak, bila husna jadi diri sendiri, jauh disudut hati husna, husna sedih.. jiwa meronta2... husna selalu mempersoalkan diri, betul ke apa yang aku buat ni? Allah marah tak aku buat macamni? Berdosa tak kalau tergelak-gelak depan lelaki? Sungguh kak, husna terseksa dengan diri sendiri... husna menderita... setiap kali husna ter'lebih-lebih' dalam bermuamalat, husna akan sedih.. down... Husna nak kena buat macam mana kak...? tolong husna...
tangisan adik itu kian deras... aku mengusap-usap kepalanya... sengaja aku biarkan dia menangis puas-puas...
"husna tak suka menjadi fitnah, kak.. husna tak nak, kerana sikap husna yang begini, akan menarik ramai kaum adam terhumban ke pintu maksiat kak... husna tak mahu menjadi tarikan kepada mana-mana lelaki.... sungguh husna katakan... cukuplah dahulu husna menzalimi diri husna sendiri... cukuplah dengan zaman silam yang jahiliah itu.... husna tak nak ulangi lagi kak... sungguh..." aku memeluk bahunya. dia membalas pelukan ku... kedengaran esakan kian rancak, aku tahu... air mata ini benar2 ikhlas datang dari sanubarinya...."
"Husnaku sayang, akak bangga dengan adik.. punya jiwa yang masih dapat membezakan yang mana hak dan yang mana yang batil... malah akak cemburu dengan husna taw..." Dia mengangkat wajahnya, linangan air mata masih bersisa di raut wajahnya....
"akak...." suaranya kendur sahaja... sayu..
"husna tahu tak, kat luar sana... ada berjuta2 wanita yang sudah hilang rasa malu dalam diri...? sudah tidak ada sedikitpun rasa bersalah dalam hati apabila melakukan dosa.... malah bangga dan redha dengan maksiat yang dilakukan..."
aku mencuri-curi melihat wajah adik ini... dia hanya menunduk.. memandang karpet berwarna oren yang terhampar di tengah2 bilikku ini... oh adikku, kau perlu kuat sayang~
"husna pernah tak dengar ada satu hadith yang berbunyi begini,
Wabishah bin Ma'bad ra berkata, "Aku mendatangi Rosulullah saw beliau berkata, "Apakah anda datang untuk bertanya tentang al-birr (kebaikan)?" Saya menjawab, "Ya." Rosulullah saw bersabda, "Mintalah fatwa kepada hatimu. Kebaikan itu adalah ketika jiwa dan hati menjadi tenang kepadanya. Sedangkan al-itsm (dosa) adalah yg membingungkan jiwa dan meragukan hati. Meskipun manusia memberi fatwa kepadamu." (HR Muslim)"
"bila hati kita, tidak tenang akan sesuatu perkara.. pasti ada something wrong dengan tindakan yang kita lakukan... sekarang ni, apa yang husna rasai tu.. sebenarnya bisikan daripada iman... bisikan daripada Malaikat yang selalu mengawasi dan menjaga kita... husna perlu menghargainya... bersyukurlah banyak2 dengan Allah sebab DIA masih sayang kat husna..." aku menggenggam erat tangannya...
"cuma, satu hal je... husna perlu kuat..! kuat bermujahadah melawan kebathilan!” kali ni aku mengeraskan sedikit suaraku … berharap dapat mengalirkan sedikit kekuatan kepada adik yang aku sangat sayangi ini...
“memang benar, bila kita buat sesuatu yang bukan diri kita, kita akan rasa pelik.. kekok.. tapi percayalah, disitu akan ada kemanisannya... awal2, memang susah sikit.. sakit... tapi, lama2 bila dah terbiasa... insyaAllah, Allah akan kawal segala tindak tanduk husna kelak..."
dia mengangkat wajah... memandangku dengan penuh harapan...
"akak, husna boleh berubah kan?" katanya sambil mengelap sisa mutiara dipipinya...
"insyaAllah, husna. jangan pernah putus asa untuk memperbaiki diri.. mengislahkan diri... bila Allah campakkan kita dilorong yang gelap, DIA takkan pernah tinggalkan kita sendiri mencari jalan keluar yang ada cahaya... ALLAH sangat baik... percayalah..."
bagai ada satu semangat yang mula menjalar ditubuhnya, husna tersenyum menampakkan lesung pipitnya yang manis.... namun, tiba2 air mukanya berubah kembali…. Suaranya kian kendur kembali…
"akak, husna selalu rasa diri husna ni kotor... husna selalu rasa diri husna ni jahat.. husna tahu, husna tak sepatutnya menghukum diri.. tapi husna tak tahu nak buat macam mana kak… setiap kali kisah2 silam husna menjengah difikiran, husna rasa sedih… mahu menangis… husna jahat kak…” air matanya menitis kembali….
“husna, akak nak Tanya.. husna yakin tak yang Allah tu Maha Penyayang, Maha Pemaaf?”
Tiada jawapan yang kudengar, hanya esakan kecil yang mampu dia balas… aku mengerti jiwamu itu dik… aku juga mengalaminya…
“husna, Allah s.w.t sangat2lah penyayang dik… melebihi kasih sayang seorang ibu pada anaknya.. melebihi kasih sayang seorang hartawan terhadap hartanya… ALLAH MAHA PENYAYANG… Malah tiada yang dapat menandingi kasih sayang Allah terhadap hamba2Nya… yakinlah itu dik…”
“bila husna rasa berdosa, cepat2 minta ampun dengan Allah… sungguh, Allah amat suka bila hambaNya meminta keampunanNya…”
“bila husna menghukum diri, husna telah menutup jalan kepada diri husna untuk berubah, untuk maju ke depan… husna akan sentiasa larut dengan permainan emosi yang takkan pudar… akak nak tanya, husna nak terus sedih macam ni ke tanpa ada apa2 perubahan?”
“tak nak kak… husna nak berubah… husna nak jadi solehah…” ujar husna tersedu-sedan…
“ok, kalau macam tu, apa kata.. kita sama2 banyakkan istighfar… o ye, jam dah pukul 10 pagi ni… kita belum solat Dhuha lagi ni… jom solat dhuha sekali nak tak?”
Husna lekas melihat jam… “kak, husna da lama tak istiqomah solat sunat…. Solat dhuha pun jarang2…” kedengaran kekesalan dari sudut suaranya... aku memandangnya dengan penuh kasih sayang...
“sudah2 ye adik manis.. tok sah sedih2 lagi… jom ambil wudhu’… kita solat dhuha, sekaligus solat taubat sama-sama ye dik… minta dengan Allah, tunjukkan kita ke jalan yang lurus dengan hidayahNya…” aku mengesat air matanya… ye, adikku.. jalan taubat itu masih terbuka selagi ajal masih belum menjemput… bergembiralah menjadi hamba Allah yang sentiasa takut dan harap padaNya… Kau masih ada peluang, dik... bisik hatiku...
----------------------------------------------------------------------------------------------
buat jiwa2 yang lemah... bangkitlah... kau bukan orang biasa yang hanya tahu makan, tidur, pakai...
kau jundullah, kau ansorullah!
bangkitlah dari lena yang panjang...
-----------------------------------------
menulis untuk membangkitkan diri

Posted by
zuraini mzahry
Labels:
muhasabah
Hati tempat jatuhnya pandangan Allah

Apa khabar iman dan 'amal? Apa khabar hati? Teringat ana lagu kumpulan Hijaz
"Hati tempat jatuhnya pandangan Allah..."
Em... Jika dilihat maksud tersirat disebalik yang tersurat pada lagu ni... perlulah kita soroti dan muhasabah diri... Bagaimana keadaan hati kita? iman kita? Sihat? Demam? Demam panas? Kronik? ke hampir sembuh dari "serangan virus dosa"?
“Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya” (Al-Isra’[17]:36)
Ketahuilah bahawa pegangan 'aqeedah yang teguh adalah menjadi senjata yang ampuh dalam mendepani segala macam ujian yang sentiasa terbentang di hadapan mata kita... Pegangan 'aqeedah yang kuat insha'Allah bisa melahirkan individu muslim yang kuat keimanannya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan secara tidak langsung ini memberi impak yang besar kepada pembentukan keluarga muslim yang sentiasa berada dalam sakinah (ketenangan). Keadaan ini juga mampu memberi sumbangan yang besar dalam melahirkan generasi yang berakhlaq mulia seterusnya dapat mewujudkan negara yang aman damai.
Percayalah! Keadaan ini telah terbukti di zaman pemerintahan Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SollaLlahu 'alaihi wa sallam di Madinah yang pada asalnya bernama Yathrib kemudian ditukar namanya kepada Madinah Al-Munawwarah (Kota Bercahaya). Bagaimana Baginda berjaya mentadbir Madinah yang pada ketika itu penduduknya terdiri daripada bangsa Arab dan juga Yahudi. Negara aman damai. Baginda SollaLlaahu 'alaihi wa sallam mampu mentarbiyyah sahabat-sahabat Baginda sehingga menjadi insan yang sangat teguh dalam mempertahankan 'aqeedah dan menegakkan deenullah. Hasilnya, negara aman damai.
Hati yang penuh dengan taqwa, suci dari akhlak-akhlak yang tidak baik, maka hati yang begini bersinar pada akal dalam berfikir pada yang baik-baik dan menyebabkan pula terbuka sinar matahati, sehingga hati selalu melihat segala sesuatu yang baik-baik dan diredhai oleh Allah. Apabila hati telah suci dari segala penyakitnya, maka dekatlah hati kpd Allah, dgn mensyukuri nikmat-nikmatNya. Sabar dan takut kepadaNya serta mengharapkan kasih sayangNya, rindu dan bertawakkal kepadaNya dan lain-lain sebagainya. Pada waktu itu barulah hati kita tenteram, tenang dan tidak kacau-bilaukan atau digelisahkan oleh persoalan-persoalan duniawi. Berfirman Allah s.w.t. dalam Al-quran:
"Orang-orang yang beriman itu hati mereka menjadi tenteram kerana mengingat Tuhan. Ingatlah, bahawa dengan mengingat Tuhan itu, hati menjadi tenteram. Orang-orang yang beriman dan mengerjakan perbuatan baik, mereka memperoleh untung baik dan tempat kembali yang utama." (Ar-Ra'ad: 28-29)
sama2 kita muhasabah diri...dan check balik hati kita , iman kita...wallahu aklam
Posted by
zuraini mzahry
Labels:
muhasabah
aku bisa kerana mu sayang

aku bisa kerana mu sayang...
sesungguhnya engkau yang menjadikan aku seorang ibu sayang,
engkau memanggilku mama karena aku wanita yang melahirkanmu
sesungguhnya engkaulah tempat aku belajar menjadi ibu sayang,
tahukah, ketika engkau lahir ke dunia ibumu ini belum mahir untuk menjadi seorang ibu sayang
ketika engkau menangis
aku belajar supaya bisa menenangkanmu di dekapku
ketika engkau lapar
aku belajar supaya bisa menyuapimu
ketika engkau mulai meniru mengucap kata
sungguh aku mulai banyak membaca dongeng-dongeng bergambar
supaya aku lancar berdongeng untukmu
ketika engkau mulai sekolah
aku belajar supaya bisa mengajarkanmu membaca, berhitung dan mengaji Al-Qur'an
ketika engkau mulai menghafalkan surat-surat pendek
aku juga belajar menghafal supaya aku bisa menyimakmu dengan baik
ketika PR mu semakin banyak
aku semakin banyak membaca supaya bisa menjawab pertanyaanmu dan membantumu menyelesaikan PR mu
ketika engkau mulai memiliki teman kecilmu
aku belajar supaya bisa menjadi sahabatmu yang paling sejati
ketika engkau berantem dengan temanmu
aku belajar supaya menjadi penenangmu dan penghiburmu
ketika engkau sakit
aku belajar supaya bisa menjadi perawatmu yang sabar
ketika engkau bandel
aku belajar supaya bisa mengendalikan diri dari nafsu amarahku yang tiba-tiba ingin meledak
sesungguhnya aku menjadi ibu karena ada engkau sayang
karena engkau ada di dunia melalui rahimku
sebagai amanah dari Dia yang Esa
Janganlah lelah mengajari ibumu ini nak
Wallahua'lam
Posted by
zuraini mzahry
Labels:
kehidupan
Sudah brp byk masa yg diperuntukkan utk berzikir?

Sudah brp byk masa yg diperuntukkan utk berzikir?? muhasabah diri..
سبحان الله, والحمد لله, ولا أله ألا الله, والله أكبر
Sebagai seorang muslim, kita selalu dituntut untuk berdzikir atau untuk selalu mengingati Allah SWT dalam keadaan apapun. Baik dalam keadaan berdiri mahupun duduk mahupun berbaring, baik dalam keadaan senang mahupun susah. Kerana dengan mengingati Allah SWT hati kita akan menjadi tenang. Hal ini sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud:
" (Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah SWT. Ingatlah! Hanya dengan mengingat Allah lah hati menjadi tenteram. (QS. Ar-Ra’d: 28)
Dalam ayat ini seakan-akan Allah SWT mengatakan kepada kita: ketahuilah! Hanya dengan berdzikir kepada Allah, maka pasti hatimu akan tenang. Kerana yang mengatakan ini adalah Allah SWT, bererti ini pernyataan langit (ketentuan mutlak) yang tidak dapat ditawarkan lagi.
Dalam sebuah hadits, Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam bersabda:
Ertinya: perumpamaan orang yang berdzikir dengan orang yang tidak berdzikir adalah seperti orang yang hidup dan orang yang mati. (HR. Bukhari dan Muslim dari Abu Musa Al-Asy’ari).
Demikian pentingnya kita untuk selalu mengingati Allah SWT, sehingga Allah SWT mengumpamakan orang yang tidak berdzikir seperti orang mati. Na’udzubillahi min dzalik.
Betapa berharga setiap denyutan jantung berdetak
Cuba kita beristirahat sejenak dan konsentrasi menghitung denyut atau detak jantung kita dalam satu minit. Lakukan perhitungan beberapa kali untuk mendapatkan rata-rata jumlah denyutan per minit. Apakah angka rata-rata itu masih dalam batasan angka normal ?
Dalam melakukan percubaan sederhana di atas ada sebuah parameter penting yang bernama waktu. Seberapa penting dan bernilaikah waktu itu ? Menurut Marc Mancini ada beberapa hal yang harus kita sadari untuk menjawab pertanyaan tersebut, cubalah beberapa hal berikut :
* Untuk menyedari harga waktu satu tahun, cuba tanyakan pada seorang siswa yang tidak pergi kuliah.
* Untuk menyedari harga waktu satu bulan, cuba tanyakan pada seorang ibu yang melahirkan bayinya dengan prematur.
* Untuk menyedari harga waktu satu minggu, cuba tanyakan pada editor sebuah surat khabar mingguan.
* Untuk menyedari harga waktu satu detik, cuba tanyakan pada seseorang yang baru mendapat kkemalangan jalan rata.
Ternyata kita sepakat untuk menyedari betapa berharganya waktu itu, bukan ? Ada 24 jam dalam sehari, rata-rata 360 hari dalam setahun jadi rata-rata ada 8640 jam dalam setahun. 1 tahun ada berapa detik?
Secara peribadi ana ingin menambahkan beberapa pertanyaan berkaitan tentang hal ini.
* Ada berapa waktu yang dilewatkan dengan sia-sia?
* Berapakah waktu yang tersedia untuk beribadah?
Untuk menyedari harga waktu satu detik ibadah/berbuat kebaikan, cuba tanyakan pada seseorang yang dijatuhi hukuman mati yang sedang menunggu proses perlaksanaan keputusan hakim.
Akhirnya memang kita sedar bahawa satu kali detak jantung kita memang berharga. Betapa pentingnya mengelola, mengatur dan memanfaatkan waktu.
Waktu mempunyai nilai/harga melebihi nilai mata wang.
Waktu itu laksana pedang.
Pergunakan masa muda, sebelum datang masa tua.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya...
Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kebenaran,” (QS. Al-‘Asr[103]: 1-3)
Sama2lah kita renungkan dan muhasabah diri...wallahu 'aklam bissowaf
Posted by
zuraini mzahry
Labels:
muhasabah
KETIKA AKU HARUS MEMILIH DI ANTARA?

Pada suatu kelas extention, seorang pensyarah mengadakan suatu permainan kecil kepada mahasiswanya yang sudah berumah tangga.
"Mari Kita buat satu permainan, mohon satu orang bantu saya sebentar."
Kemudian salah satu mahasiswa berjalan menuju Papan Tulis.
Pensyarah: ”Silahkan Tulis 10 nama yg paling dekat dengan anda pada papan Tulis !”
Dalam masa singkat yang diberikan sudah dituliskan semuanya oleh mahasiswa tersebut. Ada nama jiran tetangganya, nama orang tuanya, kekasihnya, anaknya dan lain-lain.
Pensyarah: ”Sekarang sila gariskan 2 nama yg menurut anda tidak penting !”
Mahasiswa itu lalu menggariskan nama jiran tetangganya.
Pensyarah: ”Silahkan gariskan 2 lagi !”
Mahasiswa itu lalu menggariskan nama teman-temanya.
Pensyarah: ”Silahkan gariskan 1 lagi !”
Mahasiswa Itu menggariskan lagi satu nama dari papan tulis dan seterus sampai tersisa 3 nama iaitu orang tuanya, isterinya, dan anaknya.
Suasana kelas hening. Mereka mengira semua sudah selesai dan tidak ada lagi yg harus dipilih.
Tiba tiba pensyarah Berkata : ”Silahkan gariskan 1 lagi !
Mahasiswa itu perlahan mengambil pilihan yg amat sukar lalu dia menggaris nama orang tuanya secara perlahan.
Pensyarah: ”Silahkan garis 1 lagi !”
Hatinya menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan lambat laun menggaris nama anaknya. Tidak lama selepas itu mahasiswa itupun menangis
Setelah suasana tenang Pensyarah bertanya kepada Mahasiswa itu. "Orang terkasihmu bukan orang tuamu dan anakmu? Orang tua yang membesarkan Anda, anak anda adalah darah daging anda , sedang isteri itu boleh di cari lagi. Tapi mengapa anda berbalik memilih isteri anda sebagai orang yang paling sukar untuk dipisahkan ?”
Semua orang didalam kelas terpana dan menunggu apa jawapan dari Mahasiswa tersebut.
Lalu mahasiswa itu perlahan berkata, "Sesuai waktu yang berlalu, orang tua akan pergi dan meninggalkan saya, sedang anak jika sudah dewasa setelah itu menikah pasti meninggalkan saya juga, yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah isteri saya."
Saudaraku...
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka.
Kerana isteri inilah yang telah memberikan segalanya.
Dia telah memberikan kita anak, mengurus rumahtangga, kewangan.
Menyiapkan makanan, baju dan menjadi penghibur kita .
Dan dia akan tetap setia menemani dan mengurus kita sampai ajal menjemput, walaupun yang lain telah pergi dengan urusannya.
Biarpun tak secantik bintang, tetapi dia adalah isterimu.
Dan dialah yang halal untukmu.
Sayangi dan syukuri…..
Firman Allah :
"Dan bergaullah dengan mereka dengan cara yang patut. Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikannya kebaikan yang banyak." (QS An-Nisaa:19)
Dari Abu Hurairah ra., dia berkata :”Rasulullah SAW bersabda :”Janganlah seorang mukmin membenci mukminah, jika ia tidak suka salah satu akhlaq (isteri)nya, ia menyukai daripadanya akhlak yang lain” –atau Baginda bersabda ; “sesuatu yang lainnya”. (HR.Muslim)
Dari Abu Hurairah ra., dia berkata :”Rasulullah SAW bersabda :”Berwasiatlah kepada wanita dengan baik, sebab wanita itu diciptakan dari tulang rusuk, dan yang paling bengkok pada tulang rusuk adalah bahagian atasnya. Maka apabila kamu langsung meluruskannya maka kamu telah mematahkannya. Dan apabila kamu membiarkannya, maka dia akan bengkok selamanya, maka berpesan-pesanlah kepada wanita”. (HR.Bukhari-Muslim)
”Wanita itu bagaikan tulang rusuk, jika kamu meluruskannya (secara paksa) maka kamu mematahkannya, dan jika kamu mencari kepuasan daripadanya maka kamu akan mendapatkannya, dan padanya tetap ada yang bengkok”. (HR.Bukhari-Muslim)
Dari Mu’awiyah Ibn Haidah ra, dia berkata :”Saya bertanya kepada Rasulullah : ”Wahai Rasulullah apa hak isteri salah seorang kami atas suaminya ?”. Beliau menjawab :”Kamu memberinya makan kalau kamu makan, kamu memberinya pakaian kalau kamu berpakaian, jangan memukul wajah, jangan mencaci memburuk-burukkan dan jangan berpisah ranjang dengannya kecuali dalam satu rumah”. *) (HR.Abu Daud, hadits hasan)
Dari Abddullah Ibn Umar Ibn Al-Ash ra., bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : ”Dunia ini adalah kesenangan, dan sebaik-baik kesenangan dunia adalah wanita solehah”. (HR.Muslim)
Wallahu a'lam bi showab
Posted by
zuraini mzahry
Labels:
muhasabah
UJUB ZAMAN MODEN
Kita selalu dengar tentang ujub. Ujub adalah suatu penyakit hati yang bermaksud takjub dengan diri sendiri. Ujub merupakan titik tolak kepada penyakit hati yang lebih besar seperti riak (menunjuk-nunjuk) dan takabbur (membesarkan diri sendiri). Sifat-sifat ini tidak layak ada pada manusia.
Hanya Allah SWT. sahaja yang layak memiliki sifat ini kerana Allah-lah yang mencipta sekalian alam dan pemilik segala kekuatan. Maka, tidak salah bagi Allah SWT. untuk merasakan diri-Nya hebat, menunjuk-nunjuk kehebatan-Nya, dan mengagungkan diri-Nya.
Manusia yang ujub merasakan dirinya hebat. Contohnya, seseorang itu berasa ujub apabila dia berdoa lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sujud lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sedekahnya lebih banyak daripada orang lain. Mudah cerita, bisikan yang terlintas di hati berbunyi seperti "Uishh... aku sujud lebih lama daripada dia...".
Perkembangan pesat teknologi di zaman ini menjadikan penyebab penyakit hati juga turut maju selaras dengan perkembangan semasa. Penyakit hati ini akan meresap bersama-sama pesakit dan mengikuti perkembangan dunia. Berikut merupakan sedikit sebanyak contoh-contoh ujub atau riak yang telah wujud di zaman moden.
1. Blog dan "Followers"
Kebiasaannya perkara ini hanya menimpa dikalangan "blogger". Mereka berisiko untuk merasa diri hebat apabila ramai peminat ataupun "followers" yang mengikuti blog mereka. Ribuan atau ratusan "followers" menyebabkan diri terasa hebat dan dikenali ramai. Tidak salah untuk kita berasa seronok dengan ramainya "followers". Tetapi seronok atas dasar apa? Seronok kerana dapat mencurahkan ilmu kepada ribuan atau ratusan "followers" atau seronok kerana melihat JUMLAH "followers" yang banyak?
2. "Like" di Facebook
Post "status" di laman sosial facebook. Ramai pula yang tekan "like". Apabila ramai yang "like", mulalah rasa diri mendapat perhatian ramai. Setiap cetusan minda yang terpapar di laman Facebook dihargai dan rasa bangga dengan apa yang telah dihasilkan. Awas! Tidak salah untuk merasa gembira apabila orang lain suka apa yang kita lakukan, tapi janganlah sampai merasa riak dan berbangga dengan diri sendiri.
3. Komen di Facebook
Mungkin juga kita akan rasa teruja apabila ramai yang memberikan tindakbalas yang memberangsangkan pada "post" kita di Facebook. Apabila ramai sangat, mungkin bibit-bibit perasaan ujub akan mula lahir.
4. Komen Gambar di Facebook
Perkara ni mungkin berlaku pada lelaki yang kacak dan perempuan yang cun sahaja. Apabila cun atau kacak, ramailah yang komen. Tidak kurang juga yang memuji. Apabila banyak sangat terima pujian, mulalah rasa semacam dan seronok dengan pujian itu. Maka, perasaan ujub pun senang-senang boleh diterbitkan.
6. Ramainya Kawan atau Peminat di Facebook
Jumlah sekali lagi memainkan peranan penting bagi syaitan untuk menghasut manusia untuk berasa riak. Ramai bilangan rakan maya di facebook juga membolehkan perasaan ujub diterbitkan. Itu baru kawan, apatah lagi peminat artis yang mencecah jumlah ratusan ribu, malahan jutaan orang. Apabila ramai orang yang meminati artis tersebut, mungkin perasaan ujub akan muncul. Hati-hati!
7. Berdakwah di Facebook
Mungkin ramai kawan kita yang merapu di Facebook. Sebagai orang yang merasa dirinya wajib untuk berdakwah, maka Facebook dijadikan medan untuk berdakwah di tengah-tengah rakan Facebook yang banyak merapu. Maka, jadilah kita orang yang terpencil kerana tidak merapu sedangkan yang lain banyak yang merapu.
Apa yang dibimbangkan di sini, apabila kita berdakwah, kita turut akan berbangga dengan apa yang kita lakukan. Awas, wahai da'ie!
Jadi, berhati-hatilah dengan hati! Semoga kita dilindungi Allah daripada penyakit-penyakit hati ini. Ingatlah bahawa, setiap apa kebaikan yang kita lakukan semuanya adalah daripada Allah jua. Kita tiada hak untuk merasa ujub kerana tanpa izin-Nya ia tidak mungkin akan berlaku. Kembalilah apa jua pujian itu kepada Allah.
Artikel iluvislam.com

Rasa MALU..

Aku Malu. Tidakkah Kamu?
Rasa MALU..
Yang seharusnya ada pada setiap wanita..
Rasa MALU..
Yang seharusnya menjadi benteng maruah kita..
Rasa MALU..
Juga yang seharusnya menyedarkan kita akan siapa diri kita..
Jadinya..
Setiap langkahmu selama ini..
Tanpa rasa takut padaNya..
Tanpa rasa berdosa padaNya..
Apa masih tidak cukupkah rasa malu dalam dirimu?
"Sesungguhnya wanita itu aurat. Dan seorang wanita benar-benar keluar dari rumahnya tanpa ada halangan atasnya, lalu syaitan mengangkat pandangan kepadanya seraya berkata, 'Sesungguhnya engkau tidak melewati seseorang melainkan engkau menjadikannya tertarik kepadamu....'" - (HR Thabrani)
Takutlah wahai diriku dan dirimu yang bergelar wanita..
Sesungguhnya engkau umpama bunga..
Yang mungkin baru berputik menunjukkan warna..
Merah, biru, kuning, apa sahaja..
Tapi awas!
Kuntuman yang sedang mekar..
Turut bersamanya haruman yang tersebar..
mungkin saja dirimu tidak sedar..
Engkau tidak bersendirian..
Sebenarnya engkau diperhatikan..
Dek kumbang yang berpergian..
Mencari tempat persinggahan..
Lebih ku khuatiri..
Dirimu dihampiri..
Engkau kemudiannya lupa membina bentengmu..
Yakni rasa MALU dengan sang kumbang yang menghampirimu..
Juga ku khuatiri..
Pabila dirimu dihampiri..
Kau semakin lupakan diri..
Membiarkan dirimu disinggahi..
Wahai diriku dan dirimu yang bergelar wanita..
Sedarlah.. Dirimu di dalam pengawasanNya..
Engkau bukan Khadijah wanita mulia..
Engkau juga bukan Aisya Humaira..
Apatah lagi rabiah kekasihNya..
Engkau hanya insan biasa..
Umpama bunga..
Mudah saja dipetik kelopaknya..
Seandainya tak dipagari malu,
Kan mudah juga layu..
Wahai saudariku..
Aku malu..
Pada diriku..
Pada dirimu..
Ya Allah..
Aku juga rasa malu..
Malu kerna aku lupa untuk malu,
Malu yang seharusnya hanya padaMu..
Tahukah kamu Rasulullah s.a.w pernah bersabda..
"Wanita itu aurat yang tertutup.."
Maka..
Wahai diriku dan dirimu yang ku kasihi keranaNya..
Tutuplah dirimu dengan pakaian malumu..
Bentengilah dirimu dengan rasa malu..
Lebihkan rasa malumu
Lebih lagi di hadapan Penciptamu..
Saudariku..
Ayuh...
Takut padaNya..
Sungguh, kebanyakan 'kayu api' di neraka adalah golongan kita..
Ini satu peringatan..
Buat diriku dan kita semua
Posted by
zuraini mzahry
Labels:
muhasabah
Nilai Tudung Wanita

Bismillahirahmanirahim
Artikel ini adalah untuk peringatan dan renungan buat diri saya dan muslimah-muslimah yang prihatin di luar sana.
Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita. Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum.
Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia. Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.
Tidak lengkap dan sempurna. Malah menambahkan FITNAH !!
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.
Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung? Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya. Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain.
Tudung di Luar dan Dalam
Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian. Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah.
Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam.
Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.
Wallahu'alam
Posted by
zuraini mzahry
Labels:
wanita
Subscribe to:
Posts (Atom)