✔- Seorang Muslimah itu...
Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati.. tulus wajahnya, setulus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya.
✔- Seorang Muslimah itu...
Hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi.. cinta untuk dirasa namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah atau kelemahan dunia.. ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia.. begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah.
✔- Seorang Muslimah itu...
Teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini.. hilang dimata tetap ada dihati.. dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni'matNya.
✔- Seorang Muslimah itu...
Bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman lah-Rasul, pengubat duka & laranya.. bijaksana ia, menyimpan ilmu, si teman bicara, dialah Ã’ishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah.
✔- Seorang Muslimah itu...
Bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji.. seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah.. kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda.. bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syaheed menyahut panggilan Allah.
✔- Seorang Muslimah itu...
Perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara.. dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya.. dengan yakin Deennya, dengan teguh Ãqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia.. pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya.
✔- Seorang Muslimah itu...
Melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan.
✔- Seorang Muslimah itu...
Yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari.. dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya.. kerna seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini.. perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama.. dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni'mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan, seorang gadis itu.. anugerah istimewa kepada dunia!
✔- Seorang Muslimah itu...
Tinggallah di dunia, sebagai ábidah, dahÃpayah & mujahidah, pejuang ummah.. anak ummi & abi.. muslimah yang solehah.. kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & marifatullah.
✔- Seorang Muslimah itu...
Moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan.. seorang gadis itu dlm kebahagiaan! Moga lah-Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu.. menuju cintaNYA yang ABADI .ღ.
~♥✿.¸¸.•´✿◕ SAHABAT ~♥✿.¸¸.•´✿◕ (¯`v´¯) HargaiLah bila bersahabat,SayangiLah biLa bersama, `•.¸.•´ MaafKanLah biLa terLuka,RindUiLah biLa berjaUhan, ¸.•´... ¸.•´¨) ¸.•*¨) fahamiLah biLa keLiru,NasihatiLah biLa terLupa, (¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨¯`•.♥ Dan TegUrLah biLa ada keSiLapan. •.,,.-°-★-*-.,,.- MaNisnya berSahabat krNa ALLAH!! •.,,.-°-★-*-.,,.-
Berteduh di Kebun Cinta
Assalamualaikum. Selamat datang kembali sahabat-sahabat sekalian. Marilah berteduh sebentar di kebun cinta ini. Sama-sama bermuhasabah diri membenarkan pintu-pintu hati diketuk agar pabila pintu itu terbuka, nur menerobos masuk ke dalam hati kita sekalian.
Ibarat wasiat Imam Malik kepada Imam Syafi'i:
"Allah telah memasukkan nur atau cahaya ke dalam hatimu, dan janganlah engkau padamkan dengan kegelapan maksiat."
Sahabat-sahabat sekalian, pinjamkan diri anda untuk sama-sama menghayati hadis yang masyhur ini.
Suatu hari, datang seorang pemuda kepada Rasulullah SAW dan berkata:
"Ya Rasulullah, berikan aku nasihat."
Rasulullah menjawab. "Jangan kamu marah."
Pemuda itu bertanya lagi: "apakah ada lagi nasihat yang lain?”
Rasulullah menjawab. "Jangan kamu marah”
Sekali lagi lelaki itu bertanya.
Rasulullah SAW tetap menjawab. "Jangan kamu marah”
Wahai sahabat-sahabatku, saya mahu memperingati diri saya dan diri sahabat sekalian perkara yang sama Rasulullah ingatkan pada kita:
Jangan kamu marah
Sahabat, betapa sabarnya Rasulullah dalam mengembangkan agama Islam ini. Andai Rasulullah marah-marah, benci-benci, pasti perjalanan dakwah itu berhenti dan kita tak mengecapi 2 nikmat yang besar yakni Iman dan Islam hari ini.
Sahabat, apabila memegang title hamba apatah lagi mukmin, selayaknya kita diuji. Ujian yang pelbagai. Dikutuk dialam maya dengan kata-kata mengguris rasa, dicemuh dihina dibelakang kerana tindak salah dan menjadi topik hangat untuk dihina di merata-rata.
Pastinya, hati yang menanggung luka teruk. Terkadang amarah membara dan hati yang terluka melukakan kembali.
Sahabat, siapakah antara kita yang yakin bahawa Allah SWT bersamanya saat diduga?
Siapakah antara kita yang yakin bahawa Allah SWT itu bersamanya saat marah melebihi thresholdnya?
Maka dihujungnya, iman jua yang menghulur tangan membantu kita untuk merasai bahawa Allah swt ada bersama, tika sabar. Apabila kita sabar, Allah SWT bersama kita! Dan manusia beriman sahaja yang mampu merasakannya.
Sahabat, siapa yang tidak merasa Allah bersama ketika sabar?
Siapa yang rasa bahawa sabar itu sia-sia dan tindak lemah?
Justeru, usah bertanya mengapa diri tidak boleh sabar. Usah teliti diri, emosi dan tindak sumbang songsang orang dan lain-lain. Muhasabahlah iman kita. Bila tidak mampu bersabar, final diagnosisnya ialah iman kita sakit. Kerana imanlah kita yakin bahawa Allah bersama kita.
Sahabat, renungilah kisah Saidina Ali Karramallahu Wajhah. Beliau tidak memenggal kepala Yahudi yang meludahnya ketika peperangan, walaupun berada di atas Yahudi tersebut.
Kerana apa, sahabat? kerana dia takut, dia membunuh Yahudi itu bukan kerana Allah, tetapi kerana marah. MasyaAllah...
~Saya tersentuh pabila kita diuji sebegini. Hinggakan sanggup hilang pertimbangan melukakan dan terluka dengan kata-kata luar alam. Sahabat-sahabat, ayuh berteduh di kebun cinta. Rasailah teduhan yang menyenangkan agar dapat membebat hati yang berdarah. Ayuh menjadi tukang kebun menyuburkan pohon-pohon rendang. Usah menjadi serangga perosak.
Sahabat, la taghdob. Janganlah marah ya.
Usah menabur nista yang membimbangkan

Posted by
zuraini mzahry
Labels:
cinta
Jalan menuju nikmat Syurga
Saudaraku yang semoga dirahmati oleh Allah, sesungguhnya orang yang tidak mengenal kemuliaan akhirat dan malas beribadah akan menganggap dunia ini sebagai negeri yang senantiasa ia tempati. Ia selalu merasa kurang terhadap apa yang dimilikinya, tidak pernah merasa cukup mengejar dunia sampai segala keinginannya terpenuhi.
Padahal, apa yang ia usahakan, berupa harta, anak, dan lain-lain, semua itu tidak akan pernah menimbulkan kepuasan pada dirinya, bahkan mampu membawa kesengsaraan baginya. Seharusnya dia menyadari bahwa sebentar lagi kematian akan menghampirinya. Adapun orang yang mendapat taufik, dia menyadari bahwa dunia dan segala keindahannya itu hanyalah tipuan belaka, sehingga dia tidak terperdaya bahkan sebaliknya akan bergegas menuju ampunan Allah serta surga yang seluas langit dan bumi, yang dipersiapkan bagi orang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.
Kenikmatan di Surga
Saudaraku … bersegeralah menuju ampunan Rabb kalian dan surga yang seluas langit dan bumi. Di dalamnya terdapat berbagai kenikmatan yang tidak pernah terlihat oleh mata, terdengar oleh telinga, ataupun terbetik di hati seorangpun. Hal ini sebagaimana dibenarkan oleh firman Allah 'azza wa jalla yang artinya,
"Seorangpun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka yaitu (bermacam-macam ni'mat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan." (As Sajdah : 17).
Di antara kenikmatan di surga yang Allah dan Rasul-Nya telah perkenalkan pada kita adalah :
[1]. Merasakan nikmatnya sungai susu, arak, dan madu, sebagaimana Allah Ta'ala berfirman yang artinya," (Apakah) perumpamaan (penghuni) surga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamer (arak) yang lezat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring." (Muhammad : 15).
[2]. Mendapatkan isteri yang masih belia dan berumur sebaya, sebagaimana firman Allah yang artinya, ”Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa mendapat kemenangan, (yaitu) kebun-kebun dan buah anggur, dan gadis-gadis remaja yang sebaya." (An Naba' : 31-33).
[3]. Hidup kekal dengan nikmat lahir dan batin, sebagaimana Rasulullah shollallohu 'alaihi wa sallam bersabda yang artinya, "Siapa yang masuk surga selalu merasa nikmat, tidak pernah susah, pakaiannya tidak pernah cacat, dan kepemudaannya tidak pernah sirna." (HR. Muslim).
[4]. Diberi umur muda, sebagaimana Nabi shollallohu 'alaihi wa sallam bersabda yang artinya, "Ahli surga, berbadan indah tanpa bulu, matanya indah bercelak, umurnya 30 atau 33 tahun." (Shohihul Jaami').
[5]. Memandang wajah Allah yang mulia, sebagaimana diriwayatkan dari Shuhaib, bahwa Nabi shollallohu 'alaihi wa sallam bersabda, "Jika surga telah dimasuki oleh para penghuninya, ada yang menyeru : 'Wahai penduduk surga, sesungguhnya Alloh mempunyai suatu janji untuk kalian yang janji tersebut berada di sisi Allah, di mana Dia ingin menuaikannya.' Mereka berkata : 'Apakah itu? Bukankah Dia telah memberatkan timbangan-timbangan kami, memasukkan kami ke surga, dan menyelamatkan kami dari neraka?' Beliau melanjutkan: 'Maka Allah menyingkapkan hijabnya (tabirnya), sehingga mereka melihat-Nya (wajah Allah). Demi Allah, Allah belum pernah memberikan sesuatu pun yang lebih mereka cintai dan menyejukkan pandangan mereka daripada melihat-Nya." (HR. Muslim).
Masih banyak sekali ayat dan hadits lainnya yang menerangkan tentang sifat-sifat surga, kenikmatannya, kesenangannya, kebahagiannya, dan keelokannya. Semoga Allah menjadikan kita sebagai penghuninya.
Jalan Menuju Surga
Jika ada yang bertanya tentang amal dan jalan menuju ke surga, maka jawabannya telah Allah berikan secara jelas dalam wahyu yang diturunkan kepada Rasul-Nya yang mulia. Di antaranya sebagaimana yang Allah jelaskan dalam surat Al Mu'minuun ayat 1-11. Beberapa sifat-sifat penghuni surga -semoga Allah menjadikan kita sebagai penghuninya- dari ayat tersebut adalah:
Pertama, beriman kepada Allah dan perkara-perkara yang wajib diimani dengan keimanan yang mewajibkan penerimaan, ketundukan, dan kepatuhan.
Kedua, khusyu' dalam shalatnya yaitu hatinya hadir dan anggota tubuhnya tenang.
Ketiga, menjauhkan diri dari perkataan dan perbuatan yang sia-sia (yang tidak mempunyai faedah dan kebaikan).
Keempat, menunaikan zakat yaitu bagian harta yang wajib dikeluarkan atau mensucikan jiwa mereka (karena salah satu makna zakat adalah bersuci) berupa perkataan dan perbuatan.
Kelima, menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri dan budaknya.
Keenam, memelihara amanah yang dipercayakan dan memenuhi janjinya baik kepada Alloh, kepada sesama mukmin, ataupun kepada makhluk lainnya.
Ketujuh, melaksanakan sholat pada waktunya, sesuai dengan bentuknya yang sempurna, dengan memenuhi syarat, rukun, dan kewajibannya.
Selain ayat di atas, Rasulullah shollallohu 'alaihi wa sallam juga telah menjelaskan tentang jalan menuju surga yaitu dengan menuntut ilmu syar'i. Rasulullah shollallohu 'alaihi wa sallam bersabda yang artinya, "Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu, niscaya Allah akan memudahkannya dalam menempuh jalan ke surga." (HR. Muslim). Ya Alloh, mudahkanlah kami untuk melaksanakan amalan-amalan ini dan menetapkan kami di atasnya.

kehidupan
Keaiban Yang Ditutup Allah
Kita sebagai manusia merupakan makhluk yang bersifat lemah dan hamba yang penuh dengan kebergantungan kepada Allah SWT. Sepanjang kita hidup saban hari, kita tidak mungkin terlepas daripada melakukan dosa. Dosa yang kita lakukan itu boleh jadi secara terang-terangan atau secara sembunyi-sembunyi. Dosa yang terang-terangan akan mengundang rasa malu kita terhadap orang lain, melainkan jika hati kita sudah menjadi sekeras batu.
Oleh itu, kita lebih banyak melakukan dosa yang tersembunyi. Dosa yang tidak siapa tahu melainkan kita dan Allah.
Daripada An Nawas bin Sam'an RA, Nabi SAW bersabda: "
Kebajikan itu keluhuran akhlak sedangkan dosa adalah apa-apa yang dirimu merasa ragu-ragu dan kamu tidak suka jika orang lain mengetahuinya." (HR Muslim)
Kalau dibukakan segala dosa yang kita lakukan, tentu tidak akan ada sesiapa yang akan menghormati kita. Kalau Allah membuka segala dosa yang kita lakukan sembunyi-sembunyi baik dalam pandangan, pendengaran, perbuatan, ataupun lintasan hati, nescaya tidak akan ada pun manusia yang mahu memuji kita. Pujian yang manusia berikan adalah atas zahir yang terlihat mata. Namun, kita tentu lebih mengenali diri sendiri dan lebih tahu bagaimana status kita.
Apakah kita berasa sangat suci sehingga tidak pernah melakukan dosa di belakang manusia atau diri kita ini penuh dengan dosa rahsia? Misalnya di saat kita seorang diri melayari internet dan tidak ada mata lain yang melihat, apakah kita sudah melepasi batas penglihatan yang diizinkan Allah? Bagaimana dengan prasangka buruk dalam hati kita yang telah dilemparkan kepada sekian banyak manusia lain tanpa pengetahuan mereka? Bagaimana pula dengan perbuatan-perbuatan kita tatkala berseorangan? Astaghfirullahalaziim, banyak sangat dosa kita!
Firman Allah:
"...Dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi..." (Surah Al-An'am:151)
Allah Maha Penyayang dan Dia tahu betapa lemahnya kita. Lalu Dia menutup keaiban-keaiban kita sehingga kita mampu berjalan di tengah-tengah manusia tanpa rasa malu, sekalipun kita telah melakukan segunung dosa di belakang mereka. Namun, adalah sesuatu yang sangat takabur jika dengan Allah pun kita tidak berasa malu. Bukankah Allah mengetahui apa yang tidak diketahui oleh manusia lain tentang diri kita? Maka, setiap kali kita ingin melakukan dosa di belakang manusia, ingatlah bahawa ada Allah yang lebih patut kita rasa malu kepadaNya berbanding manusia.
Mengapa? Kerana di akhirat kelak bukan manusia yang akan menghitung amalan kita. Allah yang paling tahu tentang diri kita dan Dia jugalah yang akan menghitung amalan kita. Hanya dengan rahmatNya kita akan dimasukkan ke dalam syurga. Kalau kita merasakan lindungan Allah ke atas keaiban kita itu adalah satu zon selesa, maka kita silap. Boleh jadi keaiban yang Allah tutup sementara atas muka bumi ini akan dibukakan kepada seluruh umat manusia di akhirat kelak jika kita tak benar-benar bertaubat kepadaNya.
Kadang-kadang kita suka mencanangkan dosa orang lain, sekalipun dosa tersebut tidak diceritakannya kepada orang lain, hanya kepada kita. Ingatlah akan sebuah hadith:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata:
"...Dan sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah ta'ala akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah Ta'ala akan sentiasa menolong seorang hamba selama ia menolong saudaranya..." (HR Muslim)
Hadis ini menyeru kita untuk memelihara keaiban orang lain. Sebagai timbal balik, Allah akan menutup keaiban kita di dunia dan di akhirat. Subhanallah! Masihkah kita berhajat untuk mencanangkan dosa orang lain sehingga Allah juga akan membuka keaiban kita nanti? Malulah kepada Allah, takutlah kepada ancaman Allah. Jika kita hanya malu kepada manusia, kita tidak akan malu berbuat dosa di belakang mereka. Namun jika kita malu kepada Allah, kita akan sentiasa memelihara diri daripada dosa, dalam terang-terangan atau sembunyi-sembunyi.
Waspadalah akan firman Allah:
"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui." (Surah An-Nuur: 19)
Apabila Allah telah menutup keaiban kita, janganlah pula kita yang membukanya. Setelah selesai dosa sembunyi-sembunyi kita, janganlah diceritakan kepada orang lain. Renungilah sebuah hadis di bawah:
Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA ia berkata, "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Seluruh umatku akan diampuni dosa-dosa kecuali orang-orang yang terang-terangan (berbuat dosa). Di antara orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang yang pada waktu malam berbuat dosa, kemudian di waktu pagi ia menceritakan kepada manusia dosa yang dia lakukan semalam, padahal Allah telah menutupi aibnya.
Ia berkata, "Wahai fulan, semalam aku berbuat ini dan itu". Sebenarnya pada waktu malam Tuhannya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi justru pagi harinya ia membuka aibnya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah." (Muttafaqun ‘alaih HR Bukhari dan Muslim).
Sungguh, Allah sentiasa menginginkan kebaikan bagi kita. Allah sentiasa membuka peluang dan ruang bagi kita untuk kembali bertaubat atas dosa yang kita lakukan di sebalik tabir. Namun, kita yang sebenarnya tidak mengambil peluang dan tidak menghargai tutupan-tutupan aib tersebut oleh Allah SWT. Setelah apa yang Allah lindungi daripada sekian banyak keaiban kita, apakah tidak wajar untuk kita bersyukur dan bertaubat? Renung-renungkan dan muhasabahlah diri kita, insyaAllah.

muhasabah
Baiki Solat Dan Jaga Amanah
Pada kali ini marilah kita renungkan 6 soalan yang dibincangkan oleh Imam Ghazali dengan murid-muridnya. Walaupun nampak mudah tetapi sebenarnya amat besar peranan dan kesan dalam hidup kita di dunia apatah lagi sewaktu kita berjumpa Allah nanti. Mari kita bincangkan dalam konteks kehidupan pada hari ini semoga kita dapat manfaatnya.
Soalan-soalan tersebut ialah
1. Apakah benda yang paling dekat ?
2. Apakah benda yang paling jauh ?
3. Apakah perkara yang paling besar?
4. Apakah perkara yang paling berat?
5. Apakah benda yang paling ringan? dan
6. Apakah yang paling tajam?
Saya percaya hampir semua orang Islam tahu menjawab soalan-soalan tersebut tetapi apalah salahnya diulang semula kerana kita tidak dapat lari dari penyakit lalai dan lupa, dan adakalanya kita tersilap memberi keutamaan.
1. Benda yang dekat ialah mati. Sesuai dengan umur dunia yang sudah semakin tua, kita pun tidak tahu bila masanya kita akan mati. Mati tidak sahaja menimpa orang yang sakit, tetapi juga mereka yang tidak pernah sakit, baik tua baik muda baik kanak-kanak atau siapa sahaja.
Mati di sini juga boleh membawa maksud sakit di mana kita tidak mampu buat apa-apa lagi dalam menguruskan diri kita sama seperti orang yang telah mati hanya berharap diuruskan oleh orang lain yang hidup dan sihat. Oleh itu sebelum kita tidak dapat menguruskan diri baiklah kita bersiap sedia apa-apa yang perlu.
Kita perlu pastikan semua yang kita buat ada hubungkaitnya dengan beribadat kepada Allah. Disamping menikmati hasil keduniaan kita juga akan dapat ganjaran pahala sebagai bekalan yang kekal, Insyaallah.
Saidina Umar Al-Khattab r.a. pernah mengingatkan kita , “ Hisablah (hitunglah) diri kamu sebelum kamu dihisab(dihitung ) dihadapan Allah di akhirat nanti.”
Mati adalah satu perkara yang sangat menggerunkan dan untuk meringankan azab sakratulmaut, disamping menunaikan ibadat-ibadat wajib, banyakkanlah beristighfar, berzikir dan bertahmid memuji keagungan dan kebesaran Allah, serta sentiasa meminta belas-ihsan panduan Allah terhadap apa jua yang kita lakukan. Di samping itu banyakkanlah berselawat atas Rasul Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. mudah-mudahan dengan syafaat baginda kita diringankan bebanan terutama di dalam kubur.
Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya sentiasa berselawat ke atas rasulnya, dan dalam sebuah hadis ada diriwayatkan sabda Rasulullah bahawa setiap selawat yang kita ucapkan ke atas rasul akan dibalas dengan 10 kali selawat oleh Allah ke atas kita.
Rasulullah pernah mengingatkan isterinya Saidatina Aishah r.a. dalam sebuah hadis yang bermaksud “Jangan kamu tidur sebelum kamu melaksanakan empat perkara, membaca Al-Quran sampai khatam (membaca surah Al-Ikhlas 3 kali), berselawat keatas Rasulmu, berdoa memohon keampunan untuk seluruh umat Islam, dan beristigfar, berzikir, bertahmid memuji kebesaran Allah Subhanahuwataala.”
Hadis yang ringkas ini bukannya susah pun untuk dilaksanakan jika kita jadikan amalan setiap malam sebelum tidur. Kalaulah terus tertidur tak bangun-bangun keesokan paginya, Insyaallah mati kita adalah dalam iman.
Kalau mampu buatlah solat sunat taubat setiap malam sebelum tidur, meminta keampunan atas segala kesalahan yang kita lakukan, dengan perasaan yang amat benci terhadap kelakuan kita tesebut dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi.
2. Benda yang paling jauh ialah masa yang telah lalu. Masa yang telah lalu sudah menjadi sejarah dan tidak ada apa-apa yang kita ubah lagi. Oleh itu dengan kesempatan yang masih ada lakukanlah sesuatu yang baik, atau ubahlah sesuatu yang kurang baik kepada perkara yang lebih baik.
Contoh paling nyata ialah sewaktu anak-anak masih kecil, asuhlah mereka supaya hormati orang-orang tua. Atau pun jangan berhenti menyuruh mereka solat bila sampai waktunya. Dengan sendirinya perkara-perkara baik sebegini akan jadi tabiat yang berguna dan Insyaallah akan kekal sehingga mereka meningkat dewasa.
Mungkin ada anak-anak kita yang sedikit degil tetapi janganlah hendaknya kita berputus asa. Anak-anak kecil belum tahu apa-apa, ibubapalah pembentuk mereka.
Sedikit sahaja kelalaian dipihak kita kesannya cukup besar bila mereka dewasa nanti
Kalau kita ada kuasa untuk mengubah sesuatu kepada yang lebih baik, maka ubahlah sewaktu kita ada kuasa, jangan tunggu sehingga kuasa sudah hilang baru kita teringat. Kadang-kadang kita tidak tahu kita ada kuasa sehingga kuasa itu hilang dari genggaman kita.
3. Perkara dan musuh yang paling besar pula ialah nafsu ?
Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud, “Tidak beriman seseorang itu sehingga dia boleh menjinakkan nafsu supaya mengikut kata imannya. “
Kehendak nafsu sentiasa berlawanan dengan kehendak atau dorongan iman. Setiap orang Islam mesti berusaha untuk mengawal nafsunya, baik nafsu makan, nafsu syahwat, nafsu bekerja, nafsu berhibur, nafsu mencari harta, nafsu berpakaian, nafsu berkata-kata, nafsu untuk berkuasa, nafsu menghias rumah, nafsu suka dipuji, nafsu bermegah-megah dan sebagainya.
Antara contoh-contoh bagaimana nafsu berusaha untuk mengawal dan mempengaruhi kita ialah, bila terdengar azan untuk solat, nafsu akan memujuk, biarlah ! lambat lagi, apa nak kejar, kalau kita hendak menolong seseorang, nafsu akan mengatakan, buat apa nak tolong, ramai lagi orang lain boleh menolong; nak bersedekah dengan wang yang sedikit sedang itu sahaja yang kita mampu,
nafsu akan mengatakan, sedikit boleh jadi apa, tunggulah lain kali sahaja, tentu lebih banyak dapat disediakan, nak mula mendekati mesjid selalu, nafsu akan memujuk dengan mengatakan apa nak susah, umur masih muda, di rumah pun boleh solat, tua nanti buatlah lagi senang dah kurang tanggungjawab kerana anak-anak dah besar dan macam-macam lagi. Sangat ramai orang yang tewas kerana nafsu.
Dalam bulan Ramadan ini berjayakah kita melawan nafsu makan, mampukah kita mengurangkan belanja dapur berbanding dengan bulan-bulan sebelum ini ?
Nafsu juga boleh menyebabkan kita jadi bakhil. Kita selalu keberatan untuk berderma atau bersedekah sebab takut miskin sedangkan kaya miskin adalah anugerah dan ketentuan Allah. Allah boleh bagi atau tarik balik sebarang rezeki yang Dia bagi kepada kita..
4. Perkara yang paling berat adalah memegang amanah.
Sejauh mana kita menjalankan tanggungjawab kita memegang amanah. Adakalanya tanggungjawab itu datang sendiri secara mengejut seperti bila ibu atau bapa meninggal dunia, atau bila ketua pejabat bertukar sementara datangnya pengganti. Adakalanya tanggungjawab datang kerana kita memintanya melalui pertandingan atau pun ditawarkan.
Di mana sahaja setiap seorang dari kita mesti ada memikul amanah sekurang-kurangnya terhadap diri sendiri dan keluarga.
Seorang majikan atau ketua tempat bekerja memikul amanah bagaimana menjaga kebajikan dan pengurusan tempat kerja tersebut supaya teratur, tanpa penyelewengan, sentiasa ceria dan berdaya maju.
Seorang pemimpin negara atau parti atau persatuan mesti menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah. Tidak boleh pecah amanah menyalahgunakan apa-apa yang bukan hak kita untuk diri sendiri. Khalifah Umar Abd Aziz r.a. menunjukkan contoh yang baik iaitu jika urusan keluarga maka dia akan menggunakan lilin khas untuk urusan keluarga dan bukan menggunakan lilin yang dikhaskan untuk urusan negara.
Pecah amanah juga boleh berlaku jika kita menyerahkan apa-apa jawatan kepada orang yang kita sukai atau rapat dengan kita tetapi dia tidak layak atau yang belum sampai masanya untuk memegang jawatan tersebut sedangkan ada orang lain yang lebih layak kepada jawatan itu.
Kesan pecah amanah amat besar bukan sahaja kepada individu tetapi mungkin kepada anak-anak dan keluarga. Sekiranya melibatkan wang maka apa yang pasti ialah makanan yang dibeli dengan wang haram itu seumpama memasukkan api neraka ke dalam mulut kita dan anak-anak kita.
Pernah kita mendengar orang-orang mengatakan, “Aku gunakan wang itu bukan untuk makanan tetapi benda-benda lain yang tak akan jadi darah daging aku dan keluarga aku” Betulkah ?
Jika dengan wang haram itu dibelikan barang-barang keperluan, maka wang asal yang disediakan untuk membeli barang-barang itu sudah bukan hak kita lagi, sesungguhnya semua wang dari sumber tidak halal, akan tetap haram.
Kita janganlah lupa terhadap cerita bagaimana seorang pekerja yang baik tetap disiksa Allah kerana mengambil sedikit sahaja carikan kayu dari tempat kerjanya tanpa kebenaran tuannya untuk membersihkan giginya. Sesungguhnya Allah Maha Melihat lagi Maha Mengetahui apa yang kita kerjakan.
“Dan janganlah kamu makan iaitu mengambil harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah , dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (iaitu mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa padahal kamu mengetahui (salahnya). Al-Baqarah 188
Memang amat berat kalau terpaksa memikul amanah sedangkan ramai dari kita tidak mampu untuk memikulnya. Kalau boleh, elakkanlah secara sengaja mencari sebarang beban sedangkan kita tahu kita adalah lemah dan tidak mampu untuk melaksanakannya.
“ Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala” An-Nisaa 10
Sebagai contoh; Sekiranya ada antara kita (sama ada lelaki atau perempuan) yang diamanahkan menjaga harta peninggalan ibu bapa yang dulunya kita jaga sewaktu adik-adik masih kecil, dan kini mereka telah dewasa, maka pulangkanlah (serahkan) semula jika masih ada kepada adik-adik kerana itu bukan hak kita lagi.
Janganlah pula dijadikan hak kekal dan diberikan pula kepada anak-anak dengan perasaan takut miskin kerana rezeki itu adalah hak Allah, kita hanya pemegang amanah sahaja. Harta-harta rampasan seperti inilah yang akan merenggangkan silaturrahim dan menyusutkan segala keberkatan amalan yang kita lakukan.
Seiring dengan ketibaan Hariraya tak lama lagi, para ustaz juga selalu mengingatkan kita, janganlah pula kerana hendak menyambut Hari Raya kita menambah hutang jika tidak perlu, atau menambah dosa dengan menyalahgunakan harta atau apa-apa yang bukan hak kita walaupun sementara dengan tujuan lepas raya dipulangkan atau bila ada wang akan diganti semula.
Ingatlah bagaimana cerita Saidina Umar Al-Khattab r.a. diperingatkan oleh pegawai kewangannya supaya tidak menggunakan kemudahan perbendaharaan Islam walaupun ketika itu khalifah dalam kesempitan. Sesungguhnya mati itu sangat hampir dan kita semua tidak tahu setakat mana umur kita.
Sama-samalah kita menjaga semua amanah sebaik mungkin, Insyaallah kita akan selamat.
5. Yang paling ringan ialah meninggalkan solat:
“ Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman yang ditentukan waktunya” An-Nisaa’ 103
Sebagai tanda beriman semua orang Islam mesti melaksanakan Rukun Islam yang kedua iaitu sembahyang(solat) pada waktunya. Tidak ada alasan untuk melambat atau meninggalkan solat..
Imam Ghazali mengatakan solatlah yang paling diambil mudah untuk ditinggalkan oleh orang Islam.
“ Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Iaitu) mereka yang percaya dengan yaqin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya “ Al-Baqarah 45-46
Terlalu banyak alasan yang selalu digunakan oleh orang Islam yang tidak kuat imannya, seperti pakaian kotor, (adakah pakaian kotor itu najis atau tidak najis); masa masih ada lagi (yaqinkah selepas itu kita akan kelapangan dan ada masa ); mesjid dan surau tak ada (solat itu di masjid dan surau sajakah );
telekung tak bawa (wajibkah bertelukung, apa kah pakaian kita tidak menutup aurat); sejadah tak ada (perlukah sejadah)?. Saya pernah melihat warga kita di luar negara, tepi jalan, tepi perhentian bas, di stesen keretapi, dalam supermarket pun (dalam tempat uji pakaian ) boleh solat. Sesungguhnya bumi Allah ini luas dan bersih kecuali disempitkan dan dikotorkan oleh manusia.
Meringankan solat juga boleh bermaksud meringankan kesempurnaan solat seperti, tidak berjemaah, kalau berjemaaah , saf tidak lurus, masuk saf lambat, jemaah tidak rapat satu sama lain, tidak mahu berganjak kalau ada lompang setelah ada makmum yang keluar saf, pentingkan diri dengan mengejar kipas dan alat hawa dingin, bersuara kuat hingga ganggu orang di sebelah, atau tidak berwuduk dengan sempurna, dan lain-lain lagi.
Rasulullah mengingatkan kita bahawa amalan solatlah yang akan dinilai dahulu sebelum Allah menilai ibadat yang lain, secara tidak langsung kalau gagal penilaian solat, amalan yang lain akan sia-sia sahaja.
Orang yang gagal dalam penilaian solat atau solatnya tidak diterima, atau yang tidak bersolat, tempat mereka adalah dalam neraka Saqar. Penghuni neraka Saqar dibakar sehingga hangus dan kemudian dipulihkan semula kulit-kulit mereka dan dibakar semula, begitulah seterusnya dan mereka kekal di dalamnya.
“Tentang (tempat tinggal) orang yang bersalah, “ Al-Muddaththir 41
Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka (ahli syurga bertanya); “Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka ) Saqar ? ” Al-Muddaththir 42
“Orang-orang yang bersalah itu menjawab; “Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang (solat); “ Al-Muddaththir 43
“Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin;” Al-Muddaththir 44
“Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya; “ Al-Muddaththir 45
“Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasnan” Al-Muddaththir 46
Marilah sama-sama kita terus berusaha memperbaiki solat kita kerana solat adalah tiang agama.
6. Yang paling tajam ialah lidah
Tidak ada senjata yang paling tajam selain daripada lidah.
Lidah (keupayaan berkata-kata) perlu digunakan untuk kebaikan dan janganlah pula digunakan untuk keburukan.
Jika percakapan yang disampaikan berupa provokasi atau pun fitnah, pengajaran yang terpesong, atau arahan yang zalim dan kejam, kesan atau akibatnya amat serius boleh mendatangkan kesan buruk satu atau beberapa generasi yang tidak boleh diperbaiki lagi sampai bila-bila. Memang mudah untuk memohon maaf atas sebarang ketelanjuran kata-kata, tetapi bagaimana pula kesan emosi, atau kesan jangka panjang ke atas individu, atau keluarga yang menjadi mangsa, sudah pasti amat sukar untuk disembuhkan.
“ Fitnah itu lebih buruk(dahsyat) daripada membunuh”
Orang Islam tidak akan lupa bagaimana rumahtangga Rasulullah bergoncang akibat fitnah yang ditujukan ke atas Saidatina Aishah r.a. isteri baginda sehingga Allah menurunkan wahyu menerangkan kebenaran dan menjernihkan suasana.
Oleh itu untuk tidak dimurkai Allah, dalam pergaulan sehari-hari, jangan amalkan sifat munafik dan jauhkan diri dari mereka yang bersifat demikian iaitu; kalau berjanji dia mungkir janji, kalau bercakap dia dusta dan kalau diberi amanah dia akan pecah amanah.
Sebaliknya lidah (yakni keupayaan berkata-kata) hendaklah digunakan untuk menyampaikan ilmu yang berguna, memberi nasihat atau mengajar dan membaca Al-Quran dan sebagainya. Ia bukan sahaja berfaedah untuk diri penyampai, malahan akan memberi menfaat untuk masyarakat sampai bila-bila. Sekiranya perkara baik tersebut disebarkan pula kepada orang lain selepas itu, ganjarannya akan terus berterusan seperti mengalirnya air sungai sama juga seperti ganjaran harta diinfakkan untuk ke jalan Allah.
“ Dan bersegeralah kamu mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan daripada Tuhanmu dan syurga yang seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa”
(A-Li Imraan 133).
Sebaik-baiknya marilah sama-sama kita meneruskan tugas Rasulullah menyeru kepada berbuat kebaikan dan meninggalkan kejahatan, terutama kepada diri sendiri, anak-anak, isteri dan kaum keluarga kita, sesungguhnya kita hanya penyeru dan penyampai dan kita tiada daya untuk memberi hidayah kerana ia hak Allah, sepertimana gagalnya seruan Nabi Ibrahin a.s. kepada bapanya, Nabi Noh a.s kepad anaknya, Nabi Musa a.s. kepada Firaun, Qarun dan Haman, Nabi Muhammad s.a.w kepada bapa saudara baginda, dan sesungguhnya kita adalah dilarang berputus asa.
Mudah-mudahan dengan usaha yang berterusan, kita dan orang-orang disekeliling kita akan tetap dalam peliharaan Allah sampai bila-bila.
Disamping itu semasa melakukan ibadat atau kerja-kerja kebajikan janganlah pula lupa berdoa ke hadrat Allah s.w.t. agar kita sentiasa dipermudahkan dan dilimpahi rahmat dan kurniaanNya.
“ Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepada mu (Wahai Muhammad) mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka ) sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir ( kepada mereka ); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu, Maka mereka hendaklah menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu);, dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik dan betul “ Al-Baqarah 186
“Dan Tuhan kamu berfirman” Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina” Al-Mukmin 60
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri” Al-Baqarah 222
“ Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya” An-Nahl 128
Suka juga diselitkan di sini janganlah kita celupar dalam berkata-kata walaupun ia tidak menyakitkan hati sesiapa tetapi dibimbangi kalau kata-kata tersebut akan menjadi seperti doa yang akan merugikan kita seperti contohnya, pasangan pengantin baru berkata tidak mahu anak dahulu, nak rehat dahulu, anak-anak menyusahkan atau sebagainya.
Jika ia diucapkan sewaktu Allah mengkabulkan doa kan susah jadinya. Ataupun mereka yang baru keluar pusat pengajian, tak mahu minta kerja dulu, nak rehat dulu, sudah penat nak rehat seketika, nantilah dulu atau apa-apa sahaja ucapan yang tidak sepatutnya diucapkan.
Sudah banyak kali kita mendengar orang merungut dah puas berusaha tapi masih susah dapat anak, susah dapat kerja dan sebagainya. Bagi mereka yang terlibat, eloklah muhasabah diri kalau-kalau pernah tersasul kata walaupun tanpa niat.
Jika ada eloklah buat solat taubat banyak-banyak minta keampunan dan minta dikasihani Allah. Ambillah peluang istimewa di bulan Ramadan yang amat berkat, dan bulan yang dibuka pintu langit tanpa sebarang hijab ini, semoga segala permohonan dimakbulkanNya, Insyaallah.. .
Dalam sebuah hadis Rasulullah ada menyebut bahawa tiga kumpulan yang tidak ragu-ragu akan dimakbulkan doanya ialah orang-orang yang dizalimi, orang yang bermusafir dan doa ibubapa terhadap anak-anaknya.
Oleh itu mulai sekarang marilah kita berazam untuk memperbaiki apa-apa sahaja kelemahan yang ada, memperbaiki kesempurnaan semua ibadat kita, tuturkata dan tingkahlaku dan berusaha menyumbangkan apa-apa sahaja yang kita terdaya demi agama Islam yang kita kasihi, mudah-mudahan nama kita akan diseru oleh semua malaikat yang menjaga semua pintu-pintu syurga di hari pembalasan nanti, Amin...

Solat
BAGAIMANA NAK KUATKAN IMAN?
Bismillahirahmanirahim
Islamnya seseorang individu tidak cukup selagi ianya tidak dipandu oleh iman. Umpama kereta yg tiada enjin. Sebab itu banyak ayat di dlm Al Quran dimulai dgn, "Wahai orang-orang yg beriman" bukan "Wahai orang-orang Islam".
Perkara yg utama untuk kita ‘menimbulkan’ iman di dada kita adalah dgn bertaubat.
Antara syarat taubat adalah, berhenti dg melakukan perkara dosa (maksiat) yg lepas, benar-benar insaf dan tidak mahu kembali lagi dgn dosa yg telah dilakukan sebelum ini.
Firman Allah yg bermaksud, "Kecuali orang-orang yang taubat dan mengadakan perbaikan dan berpegang teguh pada (agama) Allah dan tulus ikhlas (mengerjakan) agama mereka karena Allah. Maka mereka itu adalah bersama-sama orang yang beriman dan kelak Allah akan memberikan kepada orang-orang yang beriman pahala yang besar. " Surah An Nisa’:146 Kalau boleh, memohon kpd Allah sambil kita menangis utk menunjukkan kesungguhan kita.
Sebenarnya tangisan itu tidak akan berlaku selagi hati kita masih ‘keras’. Firman Allah yg bermaksud, "Maka mengapa mereka tidak bertaubat kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya ?. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. " Surah Al Maidah:74 Allah sangat suka akan orang yg bertaubat, kerana dgn taubat seseorang itu akan mengelak diri dr terhumban ke Neraka. Firman Allah yg bermaksud, Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri. (Surah Al Baqarah: 222)
Saudara,
Saya masih belum berpuas hati dengan jawapan saudara. Boleh tolong jawab persolanan saya? Dalam Surah An Nisa’:ayat 146 amalan bertaubat,membaiki diri,berpegang teguh umtuk agama Allah dengan ikhlas semata-mata untuk suka kan Allah SWT menjadikan seseorang itu tergolong sebagai orang yang beriman kerana amalan-amalan tersebut menggambarkan keimanan(dengan syarat ikhlas). Misalnya seorang chef yang pandai masak makanan yang enak menunjukkan dia seorang yang mempunyai kemahiran memasak.(Begitu juga dengan amalan-amalan bertaubat dsb. menunjukkan keimanan seseorang) Bagaimana beliau dapat kemahiran memasak tersebut? Kemahiran memasak dikuasai dengan belajar secara teori dan latihan praktikal.(begitu juga dengan iman perlu dipelajari secara teori dan latihan praktikal)(begitu juga dengan amalan solat, puasa, zakat dan haji perlu dipelajari secara teori dan latihan praktikal) Pelajaran teori tentang iman boleh didapati melalui kelas-kelas pengajian yang dibimbing oleh ulama yang mengajar ilmu akidah dan tauhid yang sahih. Namun begitu bagaimana pula dengan latihan praktikal mengenai iman? Rukun iman adalah yakin dengan perkara-perkara ghaib. Bagaimana kita mahu tingkatkan keyakinan kita terhadap berita-berita ghaib yang diberitakan dari kalamullah dan kalamrasul? Mentaati seluruh perintah Allah SWT dan menjauhi larangan Allah SWT dengan cara Rasulullah SAW semata-mata untuk suka kan Allah SWT menunjukkan kesan keimanan yang telah ada pada seseorang muslim.
Persolalannya disini apakah method(latihan praktikal) supaya kita dapat mencapai tahap iman yang cukup kuat supaya kita dapat mentaati seluruh perintah Allah SWT dan menjauhi larangan Allah SWT dengan cara Rasulullah SAW semata-mata untuk suka kan Allah SWT? Apakah amalan(latihan praktikal) yang khusus untuk menguatkan iman? Atau dengan ayat mudah:- Apakah method supaya kita menanam keinginan/minat untuk belajar dan menghayati agama dalam kehidupan? Islam itu sendiri maknanya menyerah diri dan dlm agama, menyerah diri ini ada dua perkara pokok iaitu, buat seperti yg disuruh dan meninggalkan apa yg dilarang. Contohnya tuntutan solat fardhu, puasa di bulan Ramadhan, menunaikan Haji, meninggalkan riba, menjauhi zina.. Iman maknanya yakin dan ini dapat diertikan melalui Rukun Iman yg kita sedia maklum. Sebelum sampai kepada Islam, kita perlulah jelas akan keimanan (yakin) kita.
Sebab itu, di permulaan dakwah Rasulullah SAW, baginda banyak mengajar tentang prihal ketuhanan, kenabian dan Hari pembalasan supaya umatnya mencapai tahap yakin (iman) dahulu dan jika tidak, percayalah segala amalan yg dilakukan hanyalah sia-sia sahaja. Maknanya di sini, Islam tidak akan dapat berjalan jika tiada keyakinan (iman) dan untuk mencapai keyakinan ini, setiap yg mereka yg beriman pasti yakin yg setiap apa yg mereka kerjakan, fikirkan dan niatkan akan dipantau oleh Malaikat, Allah SWT (yg bersifat Al Muhaimain- yg memantau) dan akan dibalas semasa Hari pembalasan kelak (Syurga atau neraka). Sebab itu semasa kita solat, kita diwajibkan membaca, "Malikiyau middin (Tuhan Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan)" Saya buat perbandingan, Seorang penoreh getah kerisauan utk pergi menoreh krn ada ckp-ckp org mengatakan, ada harimau berkeliaran di ladang getahnya. Walaupun beliau tidak pernah nampak akn harimau itu, si penoreh itu amat takut utk menoreh pokok getah krn keYAKINannya bhw harimau ada. Begitu juga dgn iman, walaupun kita tak pernah melihat Allah, malaikat, iblis, dosa dan pahala, syurga dan neraka tapi kita YAKIN bhw setiap yg kita lakukan akan dibalas (sama ada syurga atau neraka)di hari yg tiada penganiayaan (Hari pembalasan)yg kita diwajibkan sebut di dalam Surah Al Fatihah ketika solat. Jelas amalan yg kita lakukan (solat, puasa, Haji..) tidak akn sempurna selagi keyakinan kita kpd Allah masih kurang jitu, keyakinan kita pd hari pembalasan masih samar-samar.
Bagi mereka yg beriman, mereka pasti akn berfikir, "Aku sangat takut akan api neraka, sedangkan jika terkena air panas pun aku sudah menjerit, inikan pula api neraka. Api yg jika terpecik kedunia, nescaya akan hancur luluh segala kehidupan yg wujud". Oleh itu tidak jadi lah utk rasuah, tidak jadi lah utk berzina, tidak jadi lah utk melihat benda-benda yg haram krn dia YAKIN yg dia kan dibalas di hari akhirat kelak. Kembali kpd soalan saudara, tiada amalan (solat, puasa dll) yg dpt menguatkan iman. Pada sy antara apa yg perlu kita lakukan adlh dgn membaca isi kandungan Al Quran itu sendiri terutamanya Surah-surah Makkiyah yg banyak menceritakan tentang cerita suasana di Hari Pembalasan, keperitan si pendosa di neraka dan kenikmatan ahli-ahli syurga di Syurga. Jika kita tersentuh hati kita ketika membaca ayat-ayat ini (sehingga menitiskan air mata), percayalah keYAKINan (Iman) memang ada pd diri kita.. Seperkara lagi, adalah doa.
Allah memang sangat suka akn umatnya yg inginkan kebaikan krn Allah bersifat Ar Rahim (Maha Penyanyang) dan Al Ghaffar (Maha Pengampun) dan hidayah Allah tidak akn hadir selagi kita sendiri tidak berusaha mencarinya. Sedangkan kita yg melihat ank kucing di tepi jln yg ketiadaan ibu pun kita sudah simpati, inikan pula Allah yg bersifat Maha penyayang, Maha pengampun yang tidak dapat dibandingkan dgn makhluk- Nya Dengan cara mendakwahkan maksud kalimah lailahaillah kita akan dapat menguatkan iman. Diriwayatkan drp. Abu Hurairah RA nabi SAW bersabda,"Perbaharuilah iman kamu". Para sahabat bertanya,"Wahai Rasulullah, bagaimana kami memperbaharui iman kami?" Nabi SAW bersabda "Perbanyakkan mengucap kalimah lailahaillah." HR Ahmad,Tabrani dan At-targhib Maka, tidak menghairankan mengapa para nabi dan sahabat RA mempunyai tahap iman yang begitu tinggi kerana masing-masing mendakwahkan maksud kalimah lailahaillah. Iman yang tidak diusahakan, tidak cukup kuat untuk kita mentaati keseluruhan printah Allah SWT. Contohnya seperti kaum Nabi Musa AS iaitu bani Israel. Seiap hari mereka mendengar syarahan daripada Nabi Musa AS mengenai tauhid. Mereka pernah dihidangkan makanan dari syurga(manna wa salwa) selama 40 tahun ketika sesat di padang pasir. Laut merah terbelah sebanyak 12 lorong ketika dikejar firaun. Walaupun mereka telah mendengar banyak syarahan tauhid dan melihat banyak kebesaran Allah SWT, tetapi mereka tetap kufur dan engkar terhadap Nabi Musa AS dan Allah SWT. Mereka telah menyembah lembu emas yang dibuat oleh Samiri. Perkara ini berlaku ketika Nabi Musa meninggalkan mereka selama 40 hari untuk bermunajat di bukit tursina.
Berlainan dengan iman para nabi dan sahabat RA kerana mereka menjalankan kerja dakwah kalimah lailahailallah. Ketika saat genting dikejar oleh firaun dan tenteranya, Nabi Musa AS dan pengikutnya telah terkepung oleh bukit dikiri dan kanan serta laut merah dihadapan mereka. Pengikutnya mula goyah dan hilang pengharapan kepada bantuan ALlah SWT. Namun begitu Nabi Musa AS tetap teguh imannya dengan mengatakan "Allah bersamaku" Para Sahabat RA juga mempunyai tahap iman yang tinggi juga. Mereka sanggup menggadaikan nyawa mereka untuk agama Allah. Walaupun arak menjadi tradisi yang paling digemari mereka, tetapi mereka sanggup untuk membuang semua arak yang ada dalam simpanan mereka demi untuk mentaati perintah ALlah SWT. Makanan yang haram yang sudah tertelan pun mereka sanggup jolok mulut dan muntahkannya. Perintah Solat 5waktu sehari semalam hanya ada pada tahun ke-10 islam di mekah. Sebenarnya perintah Allah yang pertama adalah dakwah kalimah lailahailallah kerana inilah yang dibuat oleh nabi dan Sahabat RA sejak sebelum perintah solat 5waktu lagi. Dengan cara ini mereka dapat meneguhkan iman mereka. Begitu juga kita sepatutnya. Sebab itulah surah-surah Makiyyah banyak menyentuh soal keimanan seperti kekuasaan Allah SWT dan hari akhirat. Tambahan pula kisah nabi-nabi terdahulu juga banyak terdapat dalam surah-surah makkiyyah. Semua kisah nabi-nabi terdahulu berkisar tentang perjalan dakwah mereka supaya menjadi panduan umat islam untuk cara membuat dakwah. Sememangnya dakwah kalimah lailahailallah merupakan perintah yang pertama dan utama umat islam yang bergelar umat Nabi SAW.
Perintah ini adalah amanah daripada Allah SWT. Melaksanakan amanah ini adalah fardhu ain dan meninggalkannya merupakan suatu dosa. Orang yang pecah amanah akan didakwa oleh ALlah di hari pembalasan kelak. Inilah amalan utama yang dilupakan oleh umat islam sejak beberapa ratus tahun lepas. Oleh itu, umat islam dewasa ini dalam kemurkaan Allah SWT dan hampir dengan azab ALlah SWT kerana tidak menjalankan tanggungjawab. Tidak menghairan jika umat islam kini berada dalam kehinaan sedangkan suatu masa dahulu merupakan golongan yang bertamadun dan memerintah dunia. Tambahan pula umat islam kini cuba menyelesaikan masalah umat dengan cara yang salah seperti politik dan ekonomi. Bagaimana untuk mendapat kuasa politik dan kuasa ekonomi sedangkan kita masih dalam kemurkaan Allah SWT? Oleh itu penyelesaian masalah umat hanya dalam melaksanakan perintah dakwah kalimah lailahailallah. Apabila umat islam kembali melaksanakan perintah ini, ALlah SWT akan muliakan kita, menurunkan bantuan kepada kita, dan memberi kejayaan didunia dan akhirat sepertimana para nabi dan sahabat RA
wallahua'lam

Mengapa Allah Cipta “Taubat”
Saya , kamu , awak , dia , dan meraka adalah sama . Kita adalah pendosa .
Ya kita semua pendosa .
Hanya Rasulullah SAW dan para nabi sahaja maksum dari segala noda. Tetapi buat kita manusia biasa, dosa hakikatnya adalah sebahagian daripada fitrah . Fitrah ?
Ya sebab itu lah saya katakan diawal tadi kita sama , iaitu pendosa . Tapi adakah kita mahu bergerak sebagai pendosa tegar selama-lamanya ?
Hanya yang bergerak kearahNya sahaja dan yang berusaha kearahNya , yang membezakan kita dengan pendosa lain .
Cuba kita berfikir sebentar , mengapa ALLAH cipta “taubat” ?
Hakikatnya , taubat itu adalah hadiah buat sang pendosa . Jika sang pendosa mengambil taubat dengan sebanar-benarnya , maka ia berbeza dengan yang lain , seperti yang saya katakan tadi . Maka senang kata , kita semua masih lagi ada peluang kerana ALLAH sanggup cipta taubat buat hamba-hambaNYA .
Adakah kita mengambil taubat ?
Selagi belum kiamat , selagi belum meninggal , kita masih ada peluang untuk bertaubat .
“Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” ( Surah An-Nisa’ ayat 110 )
Nah ! Ini janji-janji ALLAH buat kita . Maka jawapan bagi persoalan “mengapa ALLAH cipta “taubat” ?” ialah , ALLAH bersedia mengampuni kita , mengampuni dosa-dosa kita kerna sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun .
Tapi , adakah kita mengambil hadiah ; “taubat” dengan sebaik-baiknya dan mengambil ruang ALLAH Maha Pengampun ?
Oleh itu marilah kita bersegera mendapatkan keampunan itu tanpa lengah. Tanpa berkira-kira. Kita berusaha bersungguh-sungguh, bermati-matian untuk mendapatkannya. Tidak pula kita menjadikan alasan “Allah itu Maha Pengampun” untuk menambah dosa.
Itu tandanya, manusia yang benar-benar inginkan harapan. Semestinya manusia itu akan menggunakan segala peluang yang ada bukan?
Kerana sekiranya kita kufur, tidak bersyukur, tidak menghargai harapan yang Allah SWT berikan ini, apakah mungkin wujud keampunan buat kita? Mustahil.
Jangan sesekali mengatakan tiada harapan untuk bertaubat . Jangan sesekali mengatakan yang kita diciptakan untuk derhaka kepada DIA , tapi hakikatnya DIA memberi kita pilihan sebenarnya . Memilih untuk kesyurga atau neraka , mahu menjadi hambaNYA atau penderhakaNYA .
Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya . Kita ada harapan untuk keluar dari dosa !

Bijak dan Pandai
Smart Dulu masa ‘training’ kat hospital dulu aku pernah ditanya satu soalan...apa beza antara bijak dan pandai...aku terkedu sebab tak tahu. Lama jugak aku fikir macam mana nak jawab soalan tu. Sampai sekarang pun aku masih keliru..
Orang yang bijak tak semestinya pandai dan orang yang pandai tak semestinya bijak...Didalam peperiksaan budak yang dapat ‘straight’ A tak bererti dia bijak tapi dia berjaya sebab dia pandai menjawab soalan ‘exam’. Macam kaki tipu..jarang kita dengar orang panggil orang yg suka menipu nie ‘bijak’ menipu tapi orang selalu kata orang tu ‘pandai’ menipu.
Macam jugak peribahasa Melayu ‘Sepandai pandai- tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga’ Apesal orang dulu-dulu tak guna ‘sebijak-bijak’ tupai melompat?
Cheater Di Malaysia tahap kepandaian seseorang tu selalu diukur dgn berapa banyak A yang dia dapat masa periksa. Kalau berjela-jela..huh ‘terror’ la. Tp kalau tak... macam mana? Adakah bermakna orang tu bodoh..bagi aku tak..hanya kerana dia tak pandai menjawab periksa mengikut skema, tak bermakna dia bodoh dan tak bermakna dia tak bijak. F-
orang yg sijil SPMnya tak der A berjela..ade yg takat Saja Ambik Periksa (SAP). Tapi mereka nie semua berjaya..ada tu yg dah jadi hartawan mampu memberi perkerjaan kat orang lain lagi. Sebab utama ialah kerana mereka BIJAK mengatur masa depan.
Mak-mak kita atau nenek kita dulu ader yang tak lulus pun LCE ker MCE ler tapi diorang bijak mengendalikan rumahtangga dapat memelihara keluarga bahagia dan membesarkan anak-anak tanpa sebarang masalah sehingga semuanya berjaya. Adakah mereka nie bodoh sebab tak der sijil berbuku-buku?
Kadang-kadang aku jumpa orang yang mendabik dada cakap dia pandai dan orang lain bodoh hanya sebab dia lulus SPM dgn cemerlang sekali dan boleh masuk universiti. Bagi aku orang nie lah yang sebenarnya bodoh sebab dia telah merendahkan martabat orang lain. Iblis kena tendang dari syurga pun sebab bagi alasan cam nie...dia rasa dia lagi ‘terror’ dari Nabi Adam A.S.
Orang yang bijak mampu berjaya kerana dia pandai mengatur hidupnya...orang pandai akan mampu berjaya kalau dia bijak merencana hidupnya...

Bangkitlah dari lena yang panjang
Pagi yang tenang itu, aku diziarahi seorang adik yang sangat aku sayang.... Raut wajahnya jelas menunjukkan ada sesuatu yang sedang berserabut di pemikirannya...
"Assalamualaikum kak...".. dia senyum tapi tak semanis seperti biasanya...
"Waalaikumsalam dik.... sihat ke tak ni? nampak macam ada masalah je adik akak nih...?"
"tak berapa sihatlah akak… jiwa husna sakit "
"Kenapa dik? Ada apa2 yang akak leh bantu?" tanyaku, cuba mengorek rahsia hatinya.... Dia terdiam... direnung jauh siling dalam bilikku... Ditarik nafasnya dalam-dalam.... kemudian dihembus dengan keluhan yang lemah...
"Husna tak tahu nak cakap macammana, kak... Husna rasa, lahiriah husna berlawanan dengan fitrah... berlawanan dengan apa yang tersemat dalam jiwa husna kak... akak faham tak?"
"Apa maksud adik?"
"Erm... takpelah kak... biar husna tanggung sendiri sakit nih..." jawabnya... sayu...
"eh.. janganlah kedekut... akak nak minta sikit sakit yang adik rasakan tu... boleh tak sayang?" aku berusaha untuk mencungkil lagi...
"sob3...akak.... husna keliru dengan diri husna.. kak tolong husna kak... husna benci dengan sikap husna... benci dengan perangai husna kak...."
"eh, nape cakap macam ni dik...? adik yang akak kenal, lemah lembut, sopan santun, keanak-anakkan… happy-go-lucky.... kenapa adik boleh rasa macam ni?"
"akak, sungguh husna katakan... husna tak selesa dengan identiti husna sekarang ni kak... jujur husna katakan.. kalau dalam kalangan muslimat, husna tak kesah dengan sikap husna macam ni.... tapi bila dalam kalangan muslimin, sungguh husna katakan kak, husna tak selesa dengan pembawaan diri husna kak... husna gagal mengawal diri sendiri, kak... "
"apa masalahnya jadi diri sendiri dik?" hairan..
"akak, akak sendiri tahukan husna ni macammana... walaupun realitinya, husna jenis happy-go-lucky... dan terkadang keanak-anakkan.. suka bergurau senda, suka menyakat kawan2.. senang berkomunikasi dengan sesiapa... tapi sungguh kak, husna tak pernah redha kalau husna terbuat perkara ni dalam kalangan muslimin... husna tak redha, kak... husna tak tahu macam mana nak kawal diri husna... ia datang secara sendiri... secara spontan... husna pernah cuba untuk menjadi pendiam, tapi husna gagal... husna jadi kekok... rasa bukan diri sendiri.. tapi sungguh kak, bila husna jadi diri sendiri, jauh disudut hati husna, husna sedih.. jiwa meronta2... husna selalu mempersoalkan diri, betul ke apa yang aku buat ni? Allah marah tak aku buat macamni? Berdosa tak kalau tergelak-gelak depan lelaki? Sungguh kak, husna terseksa dengan diri sendiri... husna menderita... setiap kali husna ter'lebih-lebih' dalam bermuamalat, husna akan sedih.. down... Husna nak kena buat macam mana kak...? tolong husna...
tangisan adik itu kian deras... aku mengusap-usap kepalanya... sengaja aku biarkan dia menangis puas-puas...
"husna tak suka menjadi fitnah, kak.. husna tak nak, kerana sikap husna yang begini, akan menarik ramai kaum adam terhumban ke pintu maksiat kak... husna tak mahu menjadi tarikan kepada mana-mana lelaki.... sungguh husna katakan... cukuplah dahulu husna menzalimi diri husna sendiri... cukuplah dengan zaman silam yang jahiliah itu.... husna tak nak ulangi lagi kak... sungguh..." aku memeluk bahunya. dia membalas pelukan ku... kedengaran esakan kian rancak, aku tahu... air mata ini benar2 ikhlas datang dari sanubarinya...."
"Husnaku sayang, akak bangga dengan adik.. punya jiwa yang masih dapat membezakan yang mana hak dan yang mana yang batil... malah akak cemburu dengan husna taw..." Dia mengangkat wajahnya, linangan air mata masih bersisa di raut wajahnya....
"akak...." suaranya kendur sahaja... sayu..
"husna tahu tak, kat luar sana... ada berjuta2 wanita yang sudah hilang rasa malu dalam diri...? sudah tidak ada sedikitpun rasa bersalah dalam hati apabila melakukan dosa.... malah bangga dan redha dengan maksiat yang dilakukan..."
aku mencuri-curi melihat wajah adik ini... dia hanya menunduk.. memandang karpet berwarna oren yang terhampar di tengah2 bilikku ini... oh adikku, kau perlu kuat sayang~
"husna pernah tak dengar ada satu hadith yang berbunyi begini,
Wabishah bin Ma'bad ra berkata, "Aku mendatangi Rosulullah saw beliau berkata, "Apakah anda datang untuk bertanya tentang al-birr (kebaikan)?" Saya menjawab, "Ya." Rosulullah saw bersabda, "Mintalah fatwa kepada hatimu. Kebaikan itu adalah ketika jiwa dan hati menjadi tenang kepadanya. Sedangkan al-itsm (dosa) adalah yg membingungkan jiwa dan meragukan hati. Meskipun manusia memberi fatwa kepadamu." (HR Muslim)"
"bila hati kita, tidak tenang akan sesuatu perkara.. pasti ada something wrong dengan tindakan yang kita lakukan... sekarang ni, apa yang husna rasai tu.. sebenarnya bisikan daripada iman... bisikan daripada Malaikat yang selalu mengawasi dan menjaga kita... husna perlu menghargainya... bersyukurlah banyak2 dengan Allah sebab DIA masih sayang kat husna..." aku menggenggam erat tangannya...
"cuma, satu hal je... husna perlu kuat..! kuat bermujahadah melawan kebathilan!” kali ni aku mengeraskan sedikit suaraku … berharap dapat mengalirkan sedikit kekuatan kepada adik yang aku sangat sayangi ini...
“memang benar, bila kita buat sesuatu yang bukan diri kita, kita akan rasa pelik.. kekok.. tapi percayalah, disitu akan ada kemanisannya... awal2, memang susah sikit.. sakit... tapi, lama2 bila dah terbiasa... insyaAllah, Allah akan kawal segala tindak tanduk husna kelak..."
dia mengangkat wajah... memandangku dengan penuh harapan...
"akak, husna boleh berubah kan?" katanya sambil mengelap sisa mutiara dipipinya...
"insyaAllah, husna. jangan pernah putus asa untuk memperbaiki diri.. mengislahkan diri... bila Allah campakkan kita dilorong yang gelap, DIA takkan pernah tinggalkan kita sendiri mencari jalan keluar yang ada cahaya... ALLAH sangat baik... percayalah..."
bagai ada satu semangat yang mula menjalar ditubuhnya, husna tersenyum menampakkan lesung pipitnya yang manis.... namun, tiba2 air mukanya berubah kembali…. Suaranya kian kendur kembali…
"akak, husna selalu rasa diri husna ni kotor... husna selalu rasa diri husna ni jahat.. husna tahu, husna tak sepatutnya menghukum diri.. tapi husna tak tahu nak buat macam mana kak… setiap kali kisah2 silam husna menjengah difikiran, husna rasa sedih… mahu menangis… husna jahat kak…” air matanya menitis kembali….
“husna, akak nak Tanya.. husna yakin tak yang Allah tu Maha Penyayang, Maha Pemaaf?”
Tiada jawapan yang kudengar, hanya esakan kecil yang mampu dia balas… aku mengerti jiwamu itu dik… aku juga mengalaminya…
“husna, Allah s.w.t sangat2lah penyayang dik… melebihi kasih sayang seorang ibu pada anaknya.. melebihi kasih sayang seorang hartawan terhadap hartanya… ALLAH MAHA PENYAYANG… Malah tiada yang dapat menandingi kasih sayang Allah terhadap hamba2Nya… yakinlah itu dik…”
“bila husna rasa berdosa, cepat2 minta ampun dengan Allah… sungguh, Allah amat suka bila hambaNya meminta keampunanNya…”
“bila husna menghukum diri, husna telah menutup jalan kepada diri husna untuk berubah, untuk maju ke depan… husna akan sentiasa larut dengan permainan emosi yang takkan pudar… akak nak tanya, husna nak terus sedih macam ni ke tanpa ada apa2 perubahan?”
“tak nak kak… husna nak berubah… husna nak jadi solehah…” ujar husna tersedu-sedan…
“ok, kalau macam tu, apa kata.. kita sama2 banyakkan istighfar… o ye, jam dah pukul 10 pagi ni… kita belum solat Dhuha lagi ni… jom solat dhuha sekali nak tak?”
Husna lekas melihat jam… “kak, husna da lama tak istiqomah solat sunat…. Solat dhuha pun jarang2…” kedengaran kekesalan dari sudut suaranya... aku memandangnya dengan penuh kasih sayang...
“sudah2 ye adik manis.. tok sah sedih2 lagi… jom ambil wudhu’… kita solat dhuha, sekaligus solat taubat sama-sama ye dik… minta dengan Allah, tunjukkan kita ke jalan yang lurus dengan hidayahNya…” aku mengesat air matanya… ye, adikku.. jalan taubat itu masih terbuka selagi ajal masih belum menjemput… bergembiralah menjadi hamba Allah yang sentiasa takut dan harap padaNya… Kau masih ada peluang, dik... bisik hatiku...
----------------------------------------------------------------------------------------------
buat jiwa2 yang lemah... bangkitlah... kau bukan orang biasa yang hanya tahu makan, tidur, pakai...
kau jundullah, kau ansorullah!
bangkitlah dari lena yang panjang...
-----------------------------------------
menulis untuk membangkitkan diri

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah

Apa khabar iman dan 'amal? Apa khabar hati? Teringat ana lagu kumpulan Hijaz
"Hati tempat jatuhnya pandangan Allah..."
Em... Jika dilihat maksud tersirat disebalik yang tersurat pada lagu ni... perlulah kita soroti dan muhasabah diri... Bagaimana keadaan hati kita? iman kita? Sihat? Demam? Demam panas? Kronik? ke hampir sembuh dari "serangan virus dosa"?
“Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya” (Al-Isra’[17]:36)
Ketahuilah bahawa pegangan 'aqeedah yang teguh adalah menjadi senjata yang ampuh dalam mendepani segala macam ujian yang sentiasa terbentang di hadapan mata kita... Pegangan 'aqeedah yang kuat insha'Allah bisa melahirkan individu muslim yang kuat keimanannya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan secara tidak langsung ini memberi impak yang besar kepada pembentukan keluarga muslim yang sentiasa berada dalam sakinah (ketenangan). Keadaan ini juga mampu memberi sumbangan yang besar dalam melahirkan generasi yang berakhlaq mulia seterusnya dapat mewujudkan negara yang aman damai.
Percayalah! Keadaan ini telah terbukti di zaman pemerintahan Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SollaLlahu 'alaihi wa sallam di Madinah yang pada asalnya bernama Yathrib kemudian ditukar namanya kepada Madinah Al-Munawwarah (Kota Bercahaya). Bagaimana Baginda berjaya mentadbir Madinah yang pada ketika itu penduduknya terdiri daripada bangsa Arab dan juga Yahudi. Negara aman damai. Baginda SollaLlaahu 'alaihi wa sallam mampu mentarbiyyah sahabat-sahabat Baginda sehingga menjadi insan yang sangat teguh dalam mempertahankan 'aqeedah dan menegakkan deenullah. Hasilnya, negara aman damai.
Hati yang penuh dengan taqwa, suci dari akhlak-akhlak yang tidak baik, maka hati yang begini bersinar pada akal dalam berfikir pada yang baik-baik dan menyebabkan pula terbuka sinar matahati, sehingga hati selalu melihat segala sesuatu yang baik-baik dan diredhai oleh Allah. Apabila hati telah suci dari segala penyakitnya, maka dekatlah hati kpd Allah, dgn mensyukuri nikmat-nikmatNya. Sabar dan takut kepadaNya serta mengharapkan kasih sayangNya, rindu dan bertawakkal kepadaNya dan lain-lain sebagainya. Pada waktu itu barulah hati kita tenteram, tenang dan tidak kacau-bilaukan atau digelisahkan oleh persoalan-persoalan duniawi. Berfirman Allah s.w.t. dalam Al-quran:
"Orang-orang yang beriman itu hati mereka menjadi tenteram kerana mengingat Tuhan. Ingatlah, bahawa dengan mengingat Tuhan itu, hati menjadi tenteram. Orang-orang yang beriman dan mengerjakan perbuatan baik, mereka memperoleh untung baik dan tempat kembali yang utama." (Ar-Ra'ad: 28-29)
sama2 kita muhasabah diri...dan check balik hati kita , iman kita...wallahu aklam
Posted by
zuraini mzahry
Labels:
muhasabah
aku bisa kerana mu sayang

aku bisa kerana mu sayang...
sesungguhnya engkau yang menjadikan aku seorang ibu sayang,
engkau memanggilku mama karena aku wanita yang melahirkanmu
sesungguhnya engkaulah tempat aku belajar menjadi ibu sayang,
tahukah, ketika engkau lahir ke dunia ibumu ini belum mahir untuk menjadi seorang ibu sayang
ketika engkau menangis
aku belajar supaya bisa menenangkanmu di dekapku
ketika engkau lapar
aku belajar supaya bisa menyuapimu
ketika engkau mulai meniru mengucap kata
sungguh aku mulai banyak membaca dongeng-dongeng bergambar
supaya aku lancar berdongeng untukmu
ketika engkau mulai sekolah
aku belajar supaya bisa mengajarkanmu membaca, berhitung dan mengaji Al-Qur'an
ketika engkau mulai menghafalkan surat-surat pendek
aku juga belajar menghafal supaya aku bisa menyimakmu dengan baik
ketika PR mu semakin banyak
aku semakin banyak membaca supaya bisa menjawab pertanyaanmu dan membantumu menyelesaikan PR mu
ketika engkau mulai memiliki teman kecilmu
aku belajar supaya bisa menjadi sahabatmu yang paling sejati
ketika engkau berantem dengan temanmu
aku belajar supaya menjadi penenangmu dan penghiburmu
ketika engkau sakit
aku belajar supaya bisa menjadi perawatmu yang sabar
ketika engkau bandel
aku belajar supaya bisa mengendalikan diri dari nafsu amarahku yang tiba-tiba ingin meledak
sesungguhnya aku menjadi ibu karena ada engkau sayang
karena engkau ada di dunia melalui rahimku
sebagai amanah dari Dia yang Esa
Janganlah lelah mengajari ibumu ini nak
Wallahua'lam
Posted by
zuraini mzahry
Labels:
kehidupan
Sudah brp byk masa yg diperuntukkan utk berzikir?

Sudah brp byk masa yg diperuntukkan utk berzikir?? muhasabah diri..
سبحان الله, والحمد لله, ولا أله ألا الله, والله أكبر
Sebagai seorang muslim, kita selalu dituntut untuk berdzikir atau untuk selalu mengingati Allah SWT dalam keadaan apapun. Baik dalam keadaan berdiri mahupun duduk mahupun berbaring, baik dalam keadaan senang mahupun susah. Kerana dengan mengingati Allah SWT hati kita akan menjadi tenang. Hal ini sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud:
" (Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah SWT. Ingatlah! Hanya dengan mengingat Allah lah hati menjadi tenteram. (QS. Ar-Ra’d: 28)
Dalam ayat ini seakan-akan Allah SWT mengatakan kepada kita: ketahuilah! Hanya dengan berdzikir kepada Allah, maka pasti hatimu akan tenang. Kerana yang mengatakan ini adalah Allah SWT, bererti ini pernyataan langit (ketentuan mutlak) yang tidak dapat ditawarkan lagi.
Dalam sebuah hadits, Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam bersabda:
Ertinya: perumpamaan orang yang berdzikir dengan orang yang tidak berdzikir adalah seperti orang yang hidup dan orang yang mati. (HR. Bukhari dan Muslim dari Abu Musa Al-Asy’ari).
Demikian pentingnya kita untuk selalu mengingati Allah SWT, sehingga Allah SWT mengumpamakan orang yang tidak berdzikir seperti orang mati. Na’udzubillahi min dzalik.
Betapa berharga setiap denyutan jantung berdetak
Cuba kita beristirahat sejenak dan konsentrasi menghitung denyut atau detak jantung kita dalam satu minit. Lakukan perhitungan beberapa kali untuk mendapatkan rata-rata jumlah denyutan per minit. Apakah angka rata-rata itu masih dalam batasan angka normal ?
Dalam melakukan percubaan sederhana di atas ada sebuah parameter penting yang bernama waktu. Seberapa penting dan bernilaikah waktu itu ? Menurut Marc Mancini ada beberapa hal yang harus kita sadari untuk menjawab pertanyaan tersebut, cubalah beberapa hal berikut :
* Untuk menyedari harga waktu satu tahun, cuba tanyakan pada seorang siswa yang tidak pergi kuliah.
* Untuk menyedari harga waktu satu bulan, cuba tanyakan pada seorang ibu yang melahirkan bayinya dengan prematur.
* Untuk menyedari harga waktu satu minggu, cuba tanyakan pada editor sebuah surat khabar mingguan.
* Untuk menyedari harga waktu satu detik, cuba tanyakan pada seseorang yang baru mendapat kkemalangan jalan rata.
Ternyata kita sepakat untuk menyedari betapa berharganya waktu itu, bukan ? Ada 24 jam dalam sehari, rata-rata 360 hari dalam setahun jadi rata-rata ada 8640 jam dalam setahun. 1 tahun ada berapa detik?
Secara peribadi ana ingin menambahkan beberapa pertanyaan berkaitan tentang hal ini.
* Ada berapa waktu yang dilewatkan dengan sia-sia?
* Berapakah waktu yang tersedia untuk beribadah?
Untuk menyedari harga waktu satu detik ibadah/berbuat kebaikan, cuba tanyakan pada seseorang yang dijatuhi hukuman mati yang sedang menunggu proses perlaksanaan keputusan hakim.
Akhirnya memang kita sedar bahawa satu kali detak jantung kita memang berharga. Betapa pentingnya mengelola, mengatur dan memanfaatkan waktu.
Waktu mempunyai nilai/harga melebihi nilai mata wang.
Waktu itu laksana pedang.
Pergunakan masa muda, sebelum datang masa tua.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya...
Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kebenaran,” (QS. Al-‘Asr[103]: 1-3)
Sama2lah kita renungkan dan muhasabah diri...wallahu 'aklam bissowaf
Posted by
zuraini mzahry
Labels:
muhasabah
KETIKA AKU HARUS MEMILIH DI ANTARA?

Pada suatu kelas extention, seorang pensyarah mengadakan suatu permainan kecil kepada mahasiswanya yang sudah berumah tangga.
"Mari Kita buat satu permainan, mohon satu orang bantu saya sebentar."
Kemudian salah satu mahasiswa berjalan menuju Papan Tulis.
Pensyarah: ”Silahkan Tulis 10 nama yg paling dekat dengan anda pada papan Tulis !”
Dalam masa singkat yang diberikan sudah dituliskan semuanya oleh mahasiswa tersebut. Ada nama jiran tetangganya, nama orang tuanya, kekasihnya, anaknya dan lain-lain.
Pensyarah: ”Sekarang sila gariskan 2 nama yg menurut anda tidak penting !”
Mahasiswa itu lalu menggariskan nama jiran tetangganya.
Pensyarah: ”Silahkan gariskan 2 lagi !”
Mahasiswa itu lalu menggariskan nama teman-temanya.
Pensyarah: ”Silahkan gariskan 1 lagi !”
Mahasiswa Itu menggariskan lagi satu nama dari papan tulis dan seterus sampai tersisa 3 nama iaitu orang tuanya, isterinya, dan anaknya.
Suasana kelas hening. Mereka mengira semua sudah selesai dan tidak ada lagi yg harus dipilih.
Tiba tiba pensyarah Berkata : ”Silahkan gariskan 1 lagi !
Mahasiswa itu perlahan mengambil pilihan yg amat sukar lalu dia menggaris nama orang tuanya secara perlahan.
Pensyarah: ”Silahkan garis 1 lagi !”
Hatinya menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan lambat laun menggaris nama anaknya. Tidak lama selepas itu mahasiswa itupun menangis
Setelah suasana tenang Pensyarah bertanya kepada Mahasiswa itu. "Orang terkasihmu bukan orang tuamu dan anakmu? Orang tua yang membesarkan Anda, anak anda adalah darah daging anda , sedang isteri itu boleh di cari lagi. Tapi mengapa anda berbalik memilih isteri anda sebagai orang yang paling sukar untuk dipisahkan ?”
Semua orang didalam kelas terpana dan menunggu apa jawapan dari Mahasiswa tersebut.
Lalu mahasiswa itu perlahan berkata, "Sesuai waktu yang berlalu, orang tua akan pergi dan meninggalkan saya, sedang anak jika sudah dewasa setelah itu menikah pasti meninggalkan saya juga, yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah isteri saya."
Saudaraku...
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka.
Kerana isteri inilah yang telah memberikan segalanya.
Dia telah memberikan kita anak, mengurus rumahtangga, kewangan.
Menyiapkan makanan, baju dan menjadi penghibur kita .
Dan dia akan tetap setia menemani dan mengurus kita sampai ajal menjemput, walaupun yang lain telah pergi dengan urusannya.
Biarpun tak secantik bintang, tetapi dia adalah isterimu.
Dan dialah yang halal untukmu.
Sayangi dan syukuri…..
Firman Allah :
"Dan bergaullah dengan mereka dengan cara yang patut. Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikannya kebaikan yang banyak." (QS An-Nisaa:19)
Dari Abu Hurairah ra., dia berkata :”Rasulullah SAW bersabda :”Janganlah seorang mukmin membenci mukminah, jika ia tidak suka salah satu akhlaq (isteri)nya, ia menyukai daripadanya akhlak yang lain” –atau Baginda bersabda ; “sesuatu yang lainnya”. (HR.Muslim)
Dari Abu Hurairah ra., dia berkata :”Rasulullah SAW bersabda :”Berwasiatlah kepada wanita dengan baik, sebab wanita itu diciptakan dari tulang rusuk, dan yang paling bengkok pada tulang rusuk adalah bahagian atasnya. Maka apabila kamu langsung meluruskannya maka kamu telah mematahkannya. Dan apabila kamu membiarkannya, maka dia akan bengkok selamanya, maka berpesan-pesanlah kepada wanita”. (HR.Bukhari-Muslim)
”Wanita itu bagaikan tulang rusuk, jika kamu meluruskannya (secara paksa) maka kamu mematahkannya, dan jika kamu mencari kepuasan daripadanya maka kamu akan mendapatkannya, dan padanya tetap ada yang bengkok”. (HR.Bukhari-Muslim)
Dari Mu’awiyah Ibn Haidah ra, dia berkata :”Saya bertanya kepada Rasulullah : ”Wahai Rasulullah apa hak isteri salah seorang kami atas suaminya ?”. Beliau menjawab :”Kamu memberinya makan kalau kamu makan, kamu memberinya pakaian kalau kamu berpakaian, jangan memukul wajah, jangan mencaci memburuk-burukkan dan jangan berpisah ranjang dengannya kecuali dalam satu rumah”. *) (HR.Abu Daud, hadits hasan)
Dari Abddullah Ibn Umar Ibn Al-Ash ra., bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : ”Dunia ini adalah kesenangan, dan sebaik-baik kesenangan dunia adalah wanita solehah”. (HR.Muslim)
Wallahu a'lam bi showab
Posted by
zuraini mzahry
Labels:
muhasabah
UJUB ZAMAN MODEN
Kita selalu dengar tentang ujub. Ujub adalah suatu penyakit hati yang bermaksud takjub dengan diri sendiri. Ujub merupakan titik tolak kepada penyakit hati yang lebih besar seperti riak (menunjuk-nunjuk) dan takabbur (membesarkan diri sendiri). Sifat-sifat ini tidak layak ada pada manusia.
Hanya Allah SWT. sahaja yang layak memiliki sifat ini kerana Allah-lah yang mencipta sekalian alam dan pemilik segala kekuatan. Maka, tidak salah bagi Allah SWT. untuk merasakan diri-Nya hebat, menunjuk-nunjuk kehebatan-Nya, dan mengagungkan diri-Nya.
Manusia yang ujub merasakan dirinya hebat. Contohnya, seseorang itu berasa ujub apabila dia berdoa lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sujud lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sedekahnya lebih banyak daripada orang lain. Mudah cerita, bisikan yang terlintas di hati berbunyi seperti "Uishh... aku sujud lebih lama daripada dia...".
Perkembangan pesat teknologi di zaman ini menjadikan penyebab penyakit hati juga turut maju selaras dengan perkembangan semasa. Penyakit hati ini akan meresap bersama-sama pesakit dan mengikuti perkembangan dunia. Berikut merupakan sedikit sebanyak contoh-contoh ujub atau riak yang telah wujud di zaman moden.
1. Blog dan "Followers"
Kebiasaannya perkara ini hanya menimpa dikalangan "blogger". Mereka berisiko untuk merasa diri hebat apabila ramai peminat ataupun "followers" yang mengikuti blog mereka. Ribuan atau ratusan "followers" menyebabkan diri terasa hebat dan dikenali ramai. Tidak salah untuk kita berasa seronok dengan ramainya "followers". Tetapi seronok atas dasar apa? Seronok kerana dapat mencurahkan ilmu kepada ribuan atau ratusan "followers" atau seronok kerana melihat JUMLAH "followers" yang banyak?
2. "Like" di Facebook
Post "status" di laman sosial facebook. Ramai pula yang tekan "like". Apabila ramai yang "like", mulalah rasa diri mendapat perhatian ramai. Setiap cetusan minda yang terpapar di laman Facebook dihargai dan rasa bangga dengan apa yang telah dihasilkan. Awas! Tidak salah untuk merasa gembira apabila orang lain suka apa yang kita lakukan, tapi janganlah sampai merasa riak dan berbangga dengan diri sendiri.
3. Komen di Facebook
Mungkin juga kita akan rasa teruja apabila ramai yang memberikan tindakbalas yang memberangsangkan pada "post" kita di Facebook. Apabila ramai sangat, mungkin bibit-bibit perasaan ujub akan mula lahir.
4. Komen Gambar di Facebook
Perkara ni mungkin berlaku pada lelaki yang kacak dan perempuan yang cun sahaja. Apabila cun atau kacak, ramailah yang komen. Tidak kurang juga yang memuji. Apabila banyak sangat terima pujian, mulalah rasa semacam dan seronok dengan pujian itu. Maka, perasaan ujub pun senang-senang boleh diterbitkan.
6. Ramainya Kawan atau Peminat di Facebook
Jumlah sekali lagi memainkan peranan penting bagi syaitan untuk menghasut manusia untuk berasa riak. Ramai bilangan rakan maya di facebook juga membolehkan perasaan ujub diterbitkan. Itu baru kawan, apatah lagi peminat artis yang mencecah jumlah ratusan ribu, malahan jutaan orang. Apabila ramai orang yang meminati artis tersebut, mungkin perasaan ujub akan muncul. Hati-hati!
7. Berdakwah di Facebook
Mungkin ramai kawan kita yang merapu di Facebook. Sebagai orang yang merasa dirinya wajib untuk berdakwah, maka Facebook dijadikan medan untuk berdakwah di tengah-tengah rakan Facebook yang banyak merapu. Maka, jadilah kita orang yang terpencil kerana tidak merapu sedangkan yang lain banyak yang merapu.
Apa yang dibimbangkan di sini, apabila kita berdakwah, kita turut akan berbangga dengan apa yang kita lakukan. Awas, wahai da'ie!
Jadi, berhati-hatilah dengan hati! Semoga kita dilindungi Allah daripada penyakit-penyakit hati ini. Ingatlah bahawa, setiap apa kebaikan yang kita lakukan semuanya adalah daripada Allah jua. Kita tiada hak untuk merasa ujub kerana tanpa izin-Nya ia tidak mungkin akan berlaku. Kembalilah apa jua pujian itu kepada Allah.
Artikel iluvislam.com

Rasa MALU..

Aku Malu. Tidakkah Kamu?
Rasa MALU..
Yang seharusnya ada pada setiap wanita..
Rasa MALU..
Yang seharusnya menjadi benteng maruah kita..
Rasa MALU..
Juga yang seharusnya menyedarkan kita akan siapa diri kita..
Jadinya..
Setiap langkahmu selama ini..
Tanpa rasa takut padaNya..
Tanpa rasa berdosa padaNya..
Apa masih tidak cukupkah rasa malu dalam dirimu?
"Sesungguhnya wanita itu aurat. Dan seorang wanita benar-benar keluar dari rumahnya tanpa ada halangan atasnya, lalu syaitan mengangkat pandangan kepadanya seraya berkata, 'Sesungguhnya engkau tidak melewati seseorang melainkan engkau menjadikannya tertarik kepadamu....'" - (HR Thabrani)
Takutlah wahai diriku dan dirimu yang bergelar wanita..
Sesungguhnya engkau umpama bunga..
Yang mungkin baru berputik menunjukkan warna..
Merah, biru, kuning, apa sahaja..
Tapi awas!
Kuntuman yang sedang mekar..
Turut bersamanya haruman yang tersebar..
mungkin saja dirimu tidak sedar..
Engkau tidak bersendirian..
Sebenarnya engkau diperhatikan..
Dek kumbang yang berpergian..
Mencari tempat persinggahan..
Lebih ku khuatiri..
Dirimu dihampiri..
Engkau kemudiannya lupa membina bentengmu..
Yakni rasa MALU dengan sang kumbang yang menghampirimu..
Juga ku khuatiri..
Pabila dirimu dihampiri..
Kau semakin lupakan diri..
Membiarkan dirimu disinggahi..
Wahai diriku dan dirimu yang bergelar wanita..
Sedarlah.. Dirimu di dalam pengawasanNya..
Engkau bukan Khadijah wanita mulia..
Engkau juga bukan Aisya Humaira..
Apatah lagi rabiah kekasihNya..
Engkau hanya insan biasa..
Umpama bunga..
Mudah saja dipetik kelopaknya..
Seandainya tak dipagari malu,
Kan mudah juga layu..
Wahai saudariku..
Aku malu..
Pada diriku..
Pada dirimu..
Ya Allah..
Aku juga rasa malu..
Malu kerna aku lupa untuk malu,
Malu yang seharusnya hanya padaMu..
Tahukah kamu Rasulullah s.a.w pernah bersabda..
"Wanita itu aurat yang tertutup.."
Maka..
Wahai diriku dan dirimu yang ku kasihi keranaNya..
Tutuplah dirimu dengan pakaian malumu..
Bentengilah dirimu dengan rasa malu..
Lebihkan rasa malumu
Lebih lagi di hadapan Penciptamu..
Saudariku..
Ayuh...
Takut padaNya..
Sungguh, kebanyakan 'kayu api' di neraka adalah golongan kita..
Ini satu peringatan..
Buat diriku dan kita semua
Posted by
zuraini mzahry
Labels:
muhasabah
Nilai Tudung Wanita

Bismillahirahmanirahim
Artikel ini adalah untuk peringatan dan renungan buat diri saya dan muslimah-muslimah yang prihatin di luar sana.
Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita. Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum.
Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia. Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.
Tidak lengkap dan sempurna. Malah menambahkan FITNAH !!
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.
Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung? Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya. Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain.
Tudung di Luar dan Dalam
Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian. Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah.
Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam.
Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.
Wallahu'alam
Posted by
zuraini mzahry
Labels:
wanita
Surat Dari Kekasih
Saat kau bangun di pagi hari, Aku memandangmu & berharap engkau akan berbicara, bercerita, meminta pendapatku, mengucapkan sesuatu untukku walaupun hanya sepatah kata.
Atau berterima kasih kepadaku atas segala hal yang indah terjadi dalam hidupmu sama ada malam tadi atau waktu yang lalu…Tetapi Aku melihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri untuk pergi bekerja….tak sedikitpun kau menyedari Aku dekat denganmu…
Aku kembali menanti saat engkau sedang bersiap, Aku tahu akan ada sedikit ruang bagimu untuk berhenti & menyapaku, tetapi engkau terlalu sibuk….
Di satu tempat, engkau duduk tanpa melakukan apa2 pun, kemudian Aku melihat engkau menggerakkan kakimu. Aku berfikir engkau akan datang kepadaKu, Tetapi engkau berlari ke telepon & menelefon seorang teman untuk sekadar berbincang….
Aku melihatmu ketika engkau pergi bekerja & dan aku menanti dengan sabar sepanjang hari, namun dengan semua kegiatanmu Aku berfikir engkau terlalu sibuk untuk mengucapkn sesuatu kepadaKu..
Sebelum makan, Aku melihatmu memandang ke sekeliling, mungkin engkau merasa malu untuk berbicara kepadaKu, itulah sebabnya mengapa engkau tidak sedikitpun menyapaKu…
Baiklah…engkau bangun kembali & Aku kembali menanti dengan penuh kasih, bahwa hari ini kau akan memberiku sedikit waktu untuk menyapaKu….
Tapi yang ku tunggu…ah tak juga kau menyapaku waktu Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib & Isyak dan masih tidak mengendahkan Aku…Tak ada sepatah kata, tak ada seucap do’a, tak ada pula harapan & keinginan untuk bersujud kepadaKu…
Apakah salahku padamu…? Rezeki yang kulimpahkan, Kesihatan yang Kuberikan, Harta yang Kurelakan, makanan yang kuhidangkan, Keselamatan yang kukurniakan, kebahagiaan yang aku anugerahkan. Apakah hal itu tidak membuatmu ingat kepadaKu?????
Percayalah, Aku selalu mengasihimu & Aku tetap berharga suatu saat engkau akan menyapaku, memohon perlindunganKu, bersujud dan menghadapKu….KEMBALI KEPADAKU
YANG SELALU MENYERTAIMU SETIAP SAAT
ALLAH
Posted by
zuraini mzahry
Labels:
cinta
Subscribe to:
Comments (Atom)