$e$! mUh@s@b@h
Bismillahirahmanirahim~
“Apabila Allah kasihkan seseorang, Allah mengenakan dengan suatu ujian sehingga Allah mendengar rengekan permintaan yang bersungguh-sungguh.” (Dari Musnad Firdaus oleh Dailami)
Bila seseorang ditegur atas kesalahannya, lalu mula 'menyerang' peribadi & ungkit kesalahan lalu yg menasihat, itulah tanda nafsu amarah sdg kuasai mindanya & cuba mncari excuse utk merasa diri tetap lebih baik dari yg lain. Plg minima, usahakn diam ketika terima nasihat yg benar, memang 'pedih' tapi inshaAllah berguna spt pahitnya ubat.
"Sesiapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT ...akan meletakkan kedudukan seseorang hamba di sisiNya sebagaimana hamba itu meletakkaNya di dalam dirinya.." :)
Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi.ya, mungkin terasa berat bukan. itu tidak boleh ini tak boleh. mesti rasa rimaskan?...tapi ingatlah sesuatu yang berharga itu memang payah untuk kita dapatkan.jadi kesabaran itu penting. penting dalam segala hal + situasi.memang senang jika mengatakan'e namun payah untuk menghadapi. tapi bersabarlah. kerana kesabaran itu pasti membuahkan hasil yang bermanfaat+bermakna+bererti pada hari-hari yang akan datang. percayalah sayang <3
Zikir harian yg di amalkn oleh Imam Ghazali: Isnin : Laa Haula Walaa Quwwata illaah billahil ‘aliyul ‘adzim (Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan kekuasaan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung), 1000 kali :)