Berteduh di Kebun Cinta

Assalamualaikum. Selamat datang kembali sahabat-sahabat sekalian. Marilah berteduh sebentar di kebun cinta ini. Sama-sama bermuhasabah diri membenarkan pintu-pintu hati diketuk agar pabila pintu itu terbuka, nur menerobos masuk ke dalam hati kita sekalian.

Ibarat wasiat Imam Malik kepada Imam Syafi'i:

"Allah telah memasukkan nur atau cahaya ke dalam hatimu, dan janganlah engkau padamkan dengan kegelapan maksiat."

Sahabat-sahabat sekalian, pinjamkan diri anda untuk sama-sama menghayati hadis yang masyhur ini.

Suatu hari, datang seorang pemuda kepada Rasulullah SAW dan berkata:

"Ya Rasulullah, berikan aku nasihat."

Rasulullah menjawab. "Jangan kamu marah."

Pemuda itu bertanya lagi: "apakah ada lagi nasihat yang lain?”

Rasulullah menjawab. "Jangan kamu marah”

Sekali lagi lelaki itu bertanya.

Rasulullah SAW tetap menjawab. "Jangan kamu marah”

Wahai sahabat-sahabatku, saya mahu memperingati diri saya dan diri sahabat sekalian perkara yang sama Rasulullah ingatkan pada kita:

Jangan kamu marah

Sahabat, betapa sabarnya Rasulullah dalam mengembangkan agama Islam ini. Andai Rasulullah marah-marah, benci-benci, pasti perjalanan dakwah itu berhenti dan kita tak mengecapi 2 nikmat yang besar yakni Iman dan Islam hari ini.

Sahabat, apabila memegang title hamba apatah lagi mukmin, selayaknya kita diuji. Ujian yang pelbagai. Dikutuk dialam maya dengan kata-kata mengguris rasa, dicemuh dihina dibelakang kerana tindak salah dan menjadi topik hangat untuk dihina di merata-rata.

Pastinya, hati yang menanggung luka teruk. Terkadang amarah membara dan hati yang terluka melukakan kembali.

Sahabat, siapakah antara kita yang yakin bahawa Allah SWT bersamanya saat diduga?

Siapakah antara kita yang yakin bahawa Allah SWT itu bersamanya saat marah melebihi thresholdnya?

Maka dihujungnya, iman jua yang menghulur tangan membantu kita untuk merasai bahawa Allah swt ada bersama, tika sabar. Apabila kita sabar, Allah SWT bersama kita! Dan manusia beriman sahaja yang mampu merasakannya.

Sahabat, siapa yang tidak merasa Allah bersama ketika sabar?

Siapa yang rasa bahawa sabar itu sia-sia dan tindak lemah?

Justeru, usah bertanya mengapa diri tidak boleh sabar. Usah teliti diri, emosi dan tindak sumbang songsang orang dan lain-lain. Muhasabahlah iman kita. Bila tidak mampu bersabar, final diagnosisnya ialah iman kita sakit. Kerana imanlah kita yakin bahawa Allah bersama kita.

Sahabat, renungilah kisah Saidina Ali Karramallahu Wajhah. Beliau tidak memenggal kepala Yahudi yang meludahnya ketika peperangan, walaupun berada di atas Yahudi tersebut.

Kerana apa, sahabat? kerana dia takut, dia membunuh Yahudi itu bukan kerana Allah, tetapi kerana marah. MasyaAllah...

~Saya tersentuh pabila kita diuji sebegini. Hinggakan sanggup hilang pertimbangan melukakan dan terluka dengan kata-kata luar alam. Sahabat-sahabat, ayuh berteduh di kebun cinta. Rasailah teduhan yang menyenangkan agar dapat membebat hati yang berdarah. Ayuh menjadi tukang kebun menyuburkan pohon-pohon rendang. Usah menjadi serangga perosak.

Sahabat, la taghdob. Janganlah marah ya.
Usah menabur nista yang membimbangkan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...